Ramai yang ingin memiliki kereta secepat mungkin disebabkan oleh keperluan yang semakin meningkat seperti baru mendirikan rumah tangga, keluarga semakin besar, pengangkutan awam tidak efektif, cuaca tidak menentu menyukarkan perjalanan jika menggunakan motosikal dan sebagainya.
Ada yang bertanya kepada saya berkenaan layakkah mereka berdasarkan gaji yang mereka ada untuk memohon pinjaman kenderaan dari bank. Adakah bank akan meluluskan permohonannya dengan mudah? Di bawah saya ingin berkongsi secara ringkas jika anda ingin permohonan anda diluluskan oleh pihak bank.
1. Gaji bersih mencukupi
Ini merupakan faktor utama yang akan dinilai oleh bank untuk meluluskan permohonan anda. Gaji bersih bermaksud gaji yang anda terima setelah gaji kasar ditolak potongan bulanan seperti kwsp, socso dan angkasa. Sebagai contoh gaji kasar anda termasuk elaun atau overtime ialah RM 2500. Potongan kwsp RM 250, potongan angkasa pinjaman rumah RM 750. Setelah ditolak, gaji bersih anda ialah RM 1500.
Untuk kereta bajet seperti Perodua Axia, Proton Saga dan sewaktu dengannya, antara perkara utama yang dilihat bank ialah gaji bersih anda. Antara syarat untuk lulus pembiayaan ialah minimum baki gaji bersih setelah ditolak pembayaran bulanan kereta baru yang anda hendak beli, sekurang-kurangnya tinggal RM 1000. Contoh gaji bersih anda berbaki RM 1500. Kereta Perodua Axia bulanan yang akan dibayar ialah RM350. RM 1500 - RM 350 = RM 1150. Gaji anda selepas ditolak bulanan Axia masih di atas RM 1000, maka pinjaman anda mungkin akan diluluskan jika tiada penghalang lain.

2. Bayaran bulanan pinjaman kereta tidak melebihi 60% gaji
Sudah tentu saya tidak mencadangkan anda mengambil kereta yang akan memakan sebahagian besar daripada gaji anda. Tetapi jika anda ada pendapatan lain atau mempunyai perancangan sendiri, 60% adalah jumlah maksimum bayaran bulanan daripada gaji anda yang diterima oleh bank untuk permohonan diluluskan. Ia berbeza mengikut bank dan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut budi bicara bank.
3. Rekod yang baik dalam CCRIS dan CTOS.
CCRIS merupakan rekod pinjaman individu yang diuruskan oleh Bank Negara Malaysia, manakala CTOS juga mempunyai fungsi yang sama, bezanya ialah ia dikendalikan oleh syarikat swasta. Rekod tersebut akan memaparkan jenis pinjaman beserta jumlah, syarikat pemberi pinjaman dan corak pembayaran hutang individu. Selain itu, ia juga akan menunjukkan rekod senarai hitam, bankrupsi dan juga apa-apa tindakan mahkamah berkenaan pinjaman wang.
Rekod CCRIS dan CTOS boleh diakses oleh bank ketika anda ingin membuat pinjaman. Dalam rekod tersebut, ia akan menunjukkan senarai pinjaman anda, jumlah pinjaman dan rekod pembayaran anda. Jika tiada tunggakan, nombor '0' akan diberikan. Jika ada 1 bulan tunggakan, nombor '1' pula akan dipaparkan dan seterusnya. Bukan hanya pinjaman bank, rekod ini juga akan menunjukkan rekod pinjaman anda dengan syarikat telco seperti Maxis dan Celcom, kedai perabot dan juga kedai motosikal yang berdaftar.
Bank menggunakan info ini untuk menilai anda sebagai pemohon pinjaman. Jika anda mempunyai rekod yang bagus, tidak pernah tertunggak membayar pinjaman, maka kemungkinan pinjaman anda diluluskan lebih tinggi.
Jika anda pernah tertunggak bayaran pinjaman dan sudah membayar hutang atau bil anda yang tertunggak, ia mungkin akan mengambil masa setahun untuk rekod anda menjadi ‘bersih’ dan mendapatkan kembali kepercayaan dari pihak bank.

4. Berjawatan tetap.
Mereka yang telah berjawatan tetap akan lebih mudah diluluskan pinjamannya berbanding mereka yang masih berstatus kontrak. Jika anda penjawat awam yang berstatus kontrak, bank mungkin akan mempertimbangkan permohonan anda.
Jenis pekerjaan anda juga menentukan kelayakan anda. Sebagai contoh, polis dan askar dikenakan syarat yang ketat oleh bank untuk membuat pinjaman. Ini adalah disebabkan rekod sebelum ini di mana terdapat banyak kes daripada mereka yang culas membayar bulanan hutang dan kes kereta ditarik balik lebih tinggi berbanding pekerja dalam bidang lain. Mereka yang bekerja dalam pejabat sahaja sebagai contoh, lebih mudah diluluskan pinjamannya.
5. Penjamin / guarantor

Jika gaji anda tidak mencukupi atau mempunyai komitmen yang tinggi, bank biasanya akan meminta anda untuk menyediakan seorang sebagai penjamin anda.
Syarat utama untuk menjadi penjamin ialah keluarga terdekat iaitu ibu-bapa, suami isteri dan adik beradik yang masih bekerja. Sepupu, ipar dan lain-lain hubungan keluarga sukar diterima sebagai penjamin oleh pihak bank, apatah lagi yang tidak ada hubungan keluarga seperti kawan rapat.
Untuk adik beradik, tidak semua bank dapat menerima sebagai penjamin. Jika ada, mereka menghendaki adik beradik tersebut belum berkahwin, kerana yang sudah berkahwin lebih banyak komitmennya dan menjadikannya penjamin yang berisiko.
Menjadi penjamin juga anda dikehendaki mempunyai rekod yang bersih dalam CCRIS dan CTOS, mempunyai gaji lebih tinggi daripada peminjam, kalau boleh di atas RM 2 - 3 ribu, dan juga tidak mempunyai banyak komitmen. Penjamin juga hendaklah mengetahui tanggungjawabnya sebagai penjamin kerana merekalah yang akan bertanggungjawab jika peminjam mempunyai masalah dalam pembayaran.

Berikut merupakan tips ringkas mengikut pengalaman saya sebagai jurujual. Ia hanya maklumat umum dan setiap bank mempunyai kriteria, terma dan syarat yang berbeza. Syarat bank juga berubah-ubah mengikut keadaan ekonomi semasa.
0 Ulasan