header ad

Cara Interchange Nombor Plate


              Menggunakan nombor plet kereta yang mempunyai maksud tersirat merupakan idaman hampir semua pemilik kereta. Contohnya seperti tahun kelahiran, contoh 1987, tarikh ulang tahun perkahwinan dan juga nombor yang menyerupai ejaan nama seperti M3947 (Megat), SYA 719 (Syafiq). 

              Untuk yang sudah berjaya memiliki nombor idaman mereka, tetapi ingin memiliki kenderaan baru, bagaimana caranya untuk memindahkan nombor lama tersebut ke kereta baru? Adakah ia akan memakan kos yang besar? dan adakah kereta lama tersebut perlu dijual terlebih dahulu? Haaa, nak tahu jawapan kepada persoalan tersebut, baca artikel ini sampai habis.

            Pemindahan nombor pendaftaran kenderaan merupakan praktis yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Anda tidak perlu untuk menjual kereta lama anda kepada orang lain untuk memindahkan nombor tersebut. Tetapi, pemindahan tersebut hanya dibenarkan untuk pemindahan daripada kereta lama ke kereta baharu atau import terpakai yang belum didaftarkan (unregistered).


              Bagaimana pula untuk kereta atas nama lain? Contoh kereta isteri atau adik, kalau nak ambik nombor plet kereta tu ke kereta kita boleh ke? Jawapan nya boleh, tetapi leceh sikit. Pertama, anda perlu tukar nama kereta tu dulu ke nama anda. Lepas tukar baru boleh ambik nombor plet tersebut ke kereta baru anda. Kalau kereta tu masih ada pinjaman bank, anda kena selesaikan pinjaman itu dahulu sebelum menukar hak milik.

               Kereta tu memang saya punya, jadi apa langkah yang saya perlu buat? Okay, selepas anda telah membuat pembelian kereta baru, iaitu selepas pinjaman diluluskan dan sebelum kereta tersebut didaftarkan di JPJ, anda perlu membawa kereta lama anda untuk pemeriksaan Puspakom. Laporan yang diperlukan untuk kereta lama ialah B2 atau B5. 

              Setelah lulus pemeriksaan Puspakom tersebut, anda perlu menyediakan senarai dokumen untuk dibawa ke JPJ. Hanya pemilik kenderaan sahaja yang dibenarkan untuk pergi ke JPJ untuk urusan pindahan nombor plet, dan identiti biometrik iaitu cap jari diperlukan untuk pengesahan. Peraturan baharu ini hanya bermula pada penghujung tahun 2019, berbeza dengan sebelumnya di mana anda boleh mewakilkan orang lain untuk membuat urusan tersebut di JPJ.


              Senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut;

  1. KENDERAAN BAHARU
  1. 2 (dua) salinan Borang Senarai Semak eDaftar.
  2. 2 (dua) salinan Borang JPJ K1 cetakan elektronik.
  3. Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
  4. Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM(B2) bagi kenderaan orang cacat atau kenderaan impot.
  5. Salinan Sijil Kelulusan Kenderaan Diesel Hijau (SIRIM) yang masih berkuatkuasa (bagi kenderaan diesel hijau).
  6. Borang Kastam K1 (bagi kenderaan impot).
  7. Lesen Impot (AP) asal dan salinan (bagi kenderaan impot).
  8. Surat/borang keputusan tempahan nombor pendaftaran kenderaan yang berjaya (jika berkenaan); dan
  9. Fi yang telah ditetapkan.

 

  1. KENDERAAN LAMA
  1. 2 (dua) salinan Borang JPJ K1E.
  2. 2 (dua) salinan Borang JPJ K1A.
  3. Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
  4. Perakuan Pendaftaran Kenderaan (JPJK2) asal.
  5. Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (B2) atau B5.
  6. Surat pengesahan/persetujuan daripada Kastam (bagi Labuan dan Langkawi).
  7. Stiker cukai jalan (tidak wajib)

                  Jangan risau, anda tidak perlulah pening-pening nak cari dokumen tersebut satu-satu, kerana biasanya tempat anda membeli kereta baru sepatutnya tahu dokumen yang perlu mereka sediakan dan mereka akan menasihat dan menyediakan dokumen tersebut untuk anda. 

                 Kalau saya ambil nombor plet dari kereta lama, kereta lama nak pakai nombor plet apa? Jika anda tidak mahu membuat bayaran lebih, anda boleh memohon untuk menggunakan nombor terkini sahaja untuk kereta lama. Jika anda nak guna nombor pilihan pun boleh, dengan bayaran tambahan bergantung dengan jenis nombor tersebut. Jika ada pilihan nombor sendiri, maka urusan pembelian nombor tersebut hendaklah diuruskan terlebih dahulu. 

                Setelah dokumen tersebut lengkap, maka bolehlah anda melawat di cawangan JPJ berhampiran anda. Sebelum anda pergi, saya menasihatkan anda telefon dahulu cawangan tersebut sama ada mereka menyediakan perkhidmatan pindahan nombor plet. Contoh, ada cawangan JPJ di pusat UTC tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. 

               Berapa bajet yang saya perlu sediakan sebelum pergi JPJ? Caj yang dikenakan oleh JPJ ialah sebanyak RM110 untuk proses pertukaran setakat pada tarikh artikel ini ditulis. Anda perlu membawa RM110 dan jumlah harga roadtax / cukai jalan untuk kereta baharu. Contoh jika kos cukai jalan sebanyak RM 72, maka anda perlu membawa RM110 + RM72 = RM 182.


               Berikut merupakan rumusan syarat-syarat daripada JPJ untuk pemindahan nombor plet;

  1. Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar kenderaan.
  2. Kedua-dua kenderaan asal dan baru dimiliki oleh pemilik yang sama.
  3. Kenderaan baru belum didaftarkan lagi.
  4. Hanya kenderaan asal yang hendak dibuat pemindahan nombor dikehendaki menjalani pemeriksaan PUSPAKOM untuk mengenalpasti identiti kenderaan. Bagi kenderaan baru, pemeriksaan TIDAK diperlukan kecuali bagi kenderaan impot.
  5. Kenderaan asal tiada senaraihitam JPJ dan PDRM.
  6. Tarikh e-Insuran adalah terbuka bagi kenderaan baru selepas pemindahan nombor pendaftaran diproses.
  7. Fi yang telah ditetapkan.
         
                   Jika ada soalan dan penambahan daripada anda, jangan lupa komen dalam ruangan di bawah.

Catat Komen

20 Ulasan

  1. Terima kasih atas maklumat ini.... sedikit sebanyak dapat membantu saya.

    BalasPadam
  2. Salam..boleh sy tahu berapa total kos utk pindah nombor plate ni? Sbb sales agent bgtwu nak dekat 500. Adakah sy ditipu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam, sekitar seratus lebih belum masuk roadtax. dia caj lebih mungkin untuk runner fee.

      Padam
  3. Kalau sy nak no plat terkini utk n9, contoh skrg NDQxxxx.. Sy nak beli NDRxxxx.. Boleh ke sy beli dan pakai plat baru NDRxxxx pada motor sy yg plat NDFxxxx?
    Apa yg perlu dibuat pada plat NDFxxxx?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuan kena beli motosikal atau kereta baru atas nama tuan untuk letak plet lama NDF, dan buat prosedur interchange seperti yang saya tulis di atas. Terima kasih singgah laman web saya.

      Padam
  4. Salam. Kereta saya plat Langkawi. Boleh kah saya tukar number plat untuk digunakan di semenanjung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam, kereta daftar n beli harga di langkawi?

      Padam
    2. kalau beli dan daftar di langkawi, kena selesaikan cukai baru boleh di guna di luar

      Padam
  5. Salam, contoh kenderaan moto nama saya dan kereta nama saya kedua duanya kenderaan lama, bolehkan no pendaftaran moto tu tukar pada kereta saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam, pertukaran ni salah satu kena melibatkan kereta / moto baru tuan, kalau dua2 sudah didaftar xdapat interchange

      Padam
    2. Terima kasih tuan atas jawapan.

      Padam
    3. Terima kasih tuan atas jawapan.

      Padam
    4. Terima kasih tuan atas jawapan.

      Padam
  6. Adakah kita dibenarkan buat carian di JPJ utk no yg telah didaftarkan pd org lain dgn tujuan utk membeli no tersebut utk kereta kita. Jika boleh, adakah hanya utk kereta baharu shj dn tidak pada kereta lama. Contoh, sy mencari no W 21 E, utk dipasang pd kereta lama yg telah berdaftar? Tqvm

    BalasPadam
  7. Lanjutan dr soalan pertama, manakah lbh mudah dn jimat kos, sekiranya sy beli shj no baharu spt dr Sabah/Srwk yg ada dibelakangnya XXX 21E, dr proses pertama yg dinyatakan? TQVM

    BalasPadam
  8. Nak pasang no plate bida ke kenderaan baru apa prosedurnya? apa cas2 nya? ke boleh terus pasang?


    BalasPadam
  9. Salam hi tuan.saya nak tanya.utk beli no plate online melalui mysikap,boleh ke beli atas nama saya no plate tersebut,kemudian digunakan di kereta baru atas nama isteri saya?atau pembelian no plate online juga perlu atas nama isteri saya?terima kasih.

    BalasPadam
  10. salam.. saya bercadang untuk memindahkan no kereta lama kpd kereta yang baru. Bolehkan saya berbuat demikian jika kereta baru yang saya beli sudah didaftarkan

    BalasPadam
  11. saya telah beli no. plate baru untuk kenderaan lama saya.
    tetapi sy tiada kenderaan baru.
    bagaimana nak tukarkan no. baru pada kenderaan saya?

    BalasPadam