header ad

Bankrap disebabkan pinjaman kenderaan tertinggi berbanding pinjaman lain.

Dilaporkan, 294,000 rakyat Malaysia terlibat dalam kes bankrap. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata, lebih membimbangkan, dalam tempoh 2011 hingga September 2015, kira-kira 22,663 rakyat Malaysia berusia di bawah 35 tahun dilaporkan bankrap.

"Pada usia begini, mereka tidak sepatutnya terlibat dalam kes bankrap kerana pada usia ini, sepatutnya mereka membina kerjaya dan keluarga.

"Didapati antara punca utama mereka terlibat disebabkan kegagalan bayaran pinjaman antaranya  pembelian kenderaan (28,374 kes bersamaan 27.94 peratus); pinjaman perumahan (21,697 kes- 21.36 peratus), pinjaman peribadi (20,727 kes- 20.41 peratus) dan pinjaman perniagaan (11,899 kes-11.71 peratus)," katanya menerusi kenyataan medianya tadi.

"Selain kad debit, pengguna yang terlibat dengan hutang kad kredit juga membimbangkan. Dilaporkan, 3.6 juta pemegang kad kredit di negara ini dengan jumlah hutang RM36.9 bilion sehingga Jun tahun lalu.  Ini kerana, perbelanjaan kad kredit membenarkan seseorang itu berbelanja lebih daripada pendapatan mereka dan kesannya amat berbahaya."

"Berbelanja secara dalam talian merupakan satu lagi perangkap kewangan memandangkan pengguna mampu untuk membuat pembelian dengan mudah tanpa merasakan kesan segera terhadap belanjawan bulanan mereka," katanya.

Mohamed menambah, dianggarkan 100,000 kakitangan awam yang berisiko menjadi bankrap tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian


Catat Ulasan

0 Ulasan