header ad

Persatuan Mangsa Kemalangan Jalan Raya Malaysia (MANGSA) ditubuhkan

KUALA LUMPUR -  Buat pertama kalinya di negara ini, Ikatan Silaturrahim Brotherhood (Brotherhood) yang diketuai oleh selebriti dan aktivis Azlan Sani Zawawi, atau lebih dikenali sebagai Lando (FB Lando Zawawi Vrus) telah menubuhkan persatuan untuk membela nasib mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di negara ini.

              Persatuan yang dinamakan Persatuan Mangsa Kemalangan Jalan Raya Malaysia (MANGSA) telah diluluskan permohonan untuk menjadi persatuan bukan kerajaan (NGO) berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di mana ia akan berperanan untuk membantu mangsa kemalangan disebabkan kelalaian dan keculasan pihak bertanggungjawab dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya mengikut prosedur operasi standard (SOP).

               Persatuan ini akan membantu mangsa menuntut ganti rugi sekiranya kemalangan yang dihadapi jelas disebabkan oleh kerosakan jalan raya yang berpunca daripada kecuaian pihak berkuasa tempatan atau konsesi lebuh raya.


Azlan Sani Zawawi (Lando)


Brotherhood aktif dalam membaiki lubang-lubang di jalan yang berisiko menyebabkan kemalangan. Mereka juga lantang mengkritik jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam membaiki kerosakan tersebut.


Catat Ulasan

0 Ulasan