header ad

Semakan rekod CCRIS dalam talian sudah dibuka!

                Baru-baru ini Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkan portal bagi memudahkan pengguna menyemak rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS). Rekod CCRIS ialah kemudahan yang disediakan BNM bagi memudahkan individu ataupun institusi kewangan menyemak rekod kredit individu iaitu sejarah pembayaran pinjaman individu sehingga 12 bulan terkini. Rekod yang berkaitan dengan kredit individu tersebut diperolehi dari institusi kewangan yang terlibat. CCRIS akan memproses data tersebut secara automatik dan memprosesnya sebagai laporan kredit yang boleh diakses oleh institusi kewangan dan juga individu. Ia akan memaparkan rekod pembayaran individu kepada penghutangnya. Contoh, jika peminjam tidak mempunyai tunggakan, ia akan dipaparkan sebagai nombor '0'. Jika mempunyai tunggakan selama 2 bulan, maka no '2' akan dipaparkan.

Laporan CCRIS di atas menunjukkan individu yang mempunyai tunggakan bayaran

             Sebelum semakan CCRIS secara online BNM dilancarkan, terdapat beberapa cara individu boleh menyemak rekod tersebut. Mereka boleh pergi ke cawangan terdekat BNM untuk mencetak rekod mereka secara percuma. Selain itu, mereka juga boleh menyemak rekod tersebut dalam talian, tetapi dikenakan bayaran. Ia dioperasikan oleh sektor swasta yang menguruskan dan melaporkan data kredit yang diiktiraf BNM, dikenali sebagai Credit Reporting Agencies (CRA). Setakat ini hanya tiga CRA yang diiktiraf BNM iaitu;
  1. Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd
  2. CTOS Data Systems Sdn Bhd
  3. RAM Credit Information Sdn Bhd
           Kini, BNM telah melancarkan portal eCCRIS pada 19 Januari 2018, di mana individu boleh menyemak rekod CCRIS mereka secara percuma dalam talian. Cara untuk mendaftar:
  1. Lawat cawangan terdekat BNM ataupun AKPK untuk mendaftar kali pertama.
  2. Di kiosk CCRIS, sahkan identiti individu menggunakan MyKad, dan daftarkan no telefon anda. Jika anda ingin mendaftar untuk syarikat, sediakan surat pengesahan dan surat pendaftaran syarikat.
  3. No. PIN 6 digit akan dihantar ke telefon bimbit anda
  4. Masukkan no. kad pengenalan dan no. PIN tersebut di https://eccris.bnm.gov.my
  5. Anda akan dikehendaki untuk menetapkan ID pengguna, kata laluan, gambar dan frasa sekuriti, dan 3 soalan dan jawapan sekuriti.
Gambar semasa pelancaran eCCRIS. 

Pelancaran eCCRIS oleh gabernor BNM

  •  


Catat Ulasan

0 Ulasan