header ad

Selamat datang Halo, salah satu peraturan baharu F1 2018

Kejohanan Formula 1 tahun 2018 ini menyaksikan beberapa perubahan dalam peraturan reka bentuk jentera untuk setiap pasukan. Tahun lepas, kita menyaksikan reka bentuk jentera yang lebih lebar berbanding tahun sebelumnya dan beberapa peraturan baharu yang lain. Tahun ini, perubahan peraturan dilihat lebih sedikit berbanding 2017, tetapi tidak kurang pentingnya.



Sayap T dan sirip jerung tidak lagi dibenarkan


Sayap T

Untuk peraturan tahun 2017, merujuk rajah di atas, kawasan merah ialah kawasan yang dilarang untuk reka bentuk kereta. Manakala, kawasan di antara dua kotak merah tersebut, setiap pasukan diberikan kebebasan untuk mereka bentuk jentera masing-masing. Sayap T dan sirip jerung tersebut bukanlah perkara yang diarahkan oleh pihak pentadbiran, tetapi lahir daripada peraturan yang memberi kebebasan reka bentuk di kawasan yang diberikan kelonggaran tersebut.

Sirip jerung
 Pasukan Williams telah mengambil peluang ini untuk meletakkan dua sayap T, manakala pasukan Force India, Renault dan Mclaren telah bereksperiman dengan meletakkan beberapa sayap kecil. Tujuan sayap T tersebut ialah untuk membantu kelancaran peredaran angin ke sayap belakang, juga dapat menyumbang untuk tekanan angin bawah. Kedua-dua sayap T dan sirip jerung tersebut tidak dibenarkan untuk musim 2018 ini, dengan sebab yang tidak dimaklumkan. Mungkin untuk kelihatan lebih kemas barangkali.

Halo



Ini merupakan penambahan yang paling penting untuk tahun ini dan mungkin untuk dekad ini. Ia merupakan ciri keselamatan yang diwajibkan untuk semua pasukan, untuk mencegah kemalangan maut untuk pemandu jentera pantas ini. Ia berfungsi dengan mencegah objek berat dan pantas mengenai kepala pemandu. Setelah beberapa rekabentuk dicalonkan untuk ditambah pada musim ini, reka bentuk halo dipilih kerana keberkesanannya untuk melindungi pemandu daripada bahaya yang terdapat di litar.

Reka bentuk asas wajib halo tersebut diberikan oleh pihak FIA, tetapi reka bentuk tambahan yang terhad dibenarkan. Dengan pengenalan halo ini, berat minimum jentera F1 dinaikkan 6kg kepada 734kg.

Suspensi 'pintar' diharamkan


Red Bull


Tahun lepas, pasukan Red Bull dan Ferrari telah bereksperimen dengan mencuba helah suspensi yang mampu mengubah ketinggian jentera mereka bergantung dengan darjah pusingan stereng. Ketinggian suspensi merupakan antara faktor utama untuk keupayaan aerodinamik jentera F1. FIA telah mengumumkan, untuk musim ini, semua pasukan tidak lagi dibenarkan menambah ciri tersebut.

Ferrari

Sumber: Formula One World Championship Limited 

Catat Ulasan

0 Ulasan