header ad

NCD - Diskaun Tiada Tuntutan (No Claim Discount) untuk Insurans Kenderaan

       

          Diskaun tiada tuntutan atau lebih dikenali sebagai No-claim Discount (NCD) merupakan diskaun yang diberikan kepada mereka yang tidak pernah membuat sebarang tuntutan insurans sepanjang tahun yang telah lepas. Bermaksud premium yang dikenakan kepada mereka akan lebih murah untuk pembaharuan seterusnya jika tiada tuntutan dibuat sejak pembaharuan sebelumnya

         Peratusan diskaun yang diberikan adalah sama daripada semua syarikat penyedia insurans. Ianya bermula daripada tahun kedua pembaharuan hingga seterusnya. Diskaun yang diberikan meningkat daripada tahun ke tahun selagi tiada tuntutan dibuat oleh pelanggan. Maksimum diskaun yang diberikan ialah sebanyak 55%, lebih daripada separuh potongan berbanding bayaran premium penuh. 

Jadual di bawah menunjukkan jumlah peratus diskaun yang diberikan mengikut tahun jika tiada tuntutan dibuat.


Kadar NCD



Tahun\kenderaan
Peribadi
Komersial
Motosikal
Tahun pertama
0.0%
0.0%
0.0%
Tahun kedua
25.0%
15.0%
15.0%
Tahun ketiga
30.0%
20.0%
20.0%
Tahun keempat
38.3%
25.0%
25.0%
Tahun kelima
45.0%
25.0%
25.0%
Tahun seterusnya
55.0%
25.0%
25.0%


          Jika pelanggan telah membuat tuntutan, diskaun terbabit untuk pelanggan tersebut akan dimansuhkan. Pelanggan tersebut akan dikenakan harga premium penuh pada pembaharuan seterusnya dan jadual diskaun tersebut akan bermula semula seperti jadual di atas.

         Nilai NCD boleh dipindahkan daripada satu kenderaan ke kenderaan yang lain di bawah penama yang sama. Contoh, jika anda ingin membeli kereta baharu dan ingin menjual kereta yang lama yang mempunyai NCD sebanyak 55%, nilai diskaun tersebut boleh dipindahkan ke kenderaan baharu tersebut. Ia juga boleh dipindahkan ke syarikat insurans berlainan jika anda berhasrat untuk mendapatkan khidmat syarikat lain. 



Catat Ulasan

0 Ulasan