header ad

Kenapa namanya Perodua Aruz?


       Setelah lama penantian berkenaan nama SUV perodua yang bakal dilancarkan ini, akhirnya sudah terjawab dengan nama yang diberikan iaitu Perodua Aruz.

      Ramai yang meneka mungkin nama yang diberi ialah Kembara atau Nautica seperti model Perodua sebelum ini, ternyata bukan itu yang terjadi.

      Perodua menjelaskan nama Aruz diambil dari perkataan Bahasa Melayu 'arus' yang bermaksud aliran. Perodua juga menghuraikan nama tersebut digunakan kerana memberi simbol pergerakan yang sentiasa berterusan dan ke hadapan, menunjukkan peningkatan dalam gaya hidup masyarakat seiring dengan moto untuk model ini, iaitu Anjakan Gaya Hidup.


Penjelasan nama Perodua Aruz

       Model ini dijangka dilancarkan pada pertengahan bulan ini. Bagaimanapun, harga  dan perbezaan antara varian sudahpun didedahkan dan ianya sudah boleh ditempah untuk mereka yang berminat. 

       Ianya menggunakan rekabentuk yang sama seperti Toyota Rush yang baharu dilancarkan tahun lepas, tetapi harganya jauh lebih murah, iaitu pengurangan sebanyak lebih kurang RM 20 ribu, dan sedikit perbezaan dari segi enjin dan aksesori. 

       Nantikan artikel kami untuk menjelaskan secara lebih terperinci tentang model baharu Perodua ini. Ikuti kami dengan tekan butang Like di laman Facebook kami borneoauto.com


Toyota Rush 2018

Catat Ulasan

0 Ulasan