header ad

MotoGP: Petronas Yamaha SRT melancarkan rekabentuk musim 2019


              Pasukan Petronas Yamaha SRT sebentar tadi dengan jayanya melancarkan reka bentuk corak jentera MotoGP pasukan mereka bagi musim perlumbaan 2019 bertempat di Menara berkembar Petronas Kuala Lumpur.



       Petronas Yamaha SRT merupakan pasukan yang baru ditubuhkan dan 2019 merupakan tahun pertama mereka menyertai perlumbaan MotoGP. Walaupun baru ditubuhkan, pasukan Petronas mempunyai banyak pengalaman dalam sukan perlumbaan terutamanya kejohanan Formula 1 yang dikuasai mereka, dan juga Moto2 dan Moto3. 

        Kumpulan ini menampilkan Franco Morbidelli and Fabio Quartararo sebagai pelumba mereka. Morbidelli merupakan rookie of the year MotoGP musim 2018 mewakilkan pasukan Marc VDS Honda.  Quartararo pula merupakan juara bagi grand prix kejohanan Moto2 tahun lepas. Selamat maju jaya kami ucapkan!



Ujian percubaan MotoGP Petronas

Pelancaran reka bentuk MotoGP Petronas Yamaha SRT
Anda boleh saksikan majlis pelancaran penuh tersebut di bawah.

Catat Komen

0 Ulasan