header ad

Pelancaran Perodua Aruz 15 Januari 2019

       


     Esok merupakan pelancaran Perodua Aruz serentak seluruh negara. Majlis tersebut akan bermula pada 8.30 malam dan akan dilakukan serentak di semua cawangan pengedar Perodua seluruh negara.

       Perodua Aruz merupakan model SUV 7 tempat duduk yang diadaptasi daripada model Toyota Rush yang dilancarkan pada tahun lepas. Ia dijual jauh lebih murah daripada model Toyota tersebut (sekitar RM 20 ribu) dengan sentuhan tempatan. 

       Perodua sudah semestinya telah mengambil pengajaran daripada kegagalan model mereka sebelum ini, iaitu Perodua Nautica yang juga diadaptasi daripada Toyota Rush versi terdahulu. Perodua Nautica dikatakan sebagai model yang gagal kerana jualan yang tidak mendapat sambutan. Faktor utama ialah disebabkan harganya yang terlalu mahal.

       Perodua Aruz dikuasakan dengan enjin 1.5L dual VVT-i dengan pemanduan tayar belakang, model ini telah diiktiraf sebagai model kenderaan bertenaga efisyen (EEV). Bagi mereka yang berminat, anda boleh mengunjungi cawangan Perodua terdekat, terutama pada hari pelancaran, bagi melihat sendiri keunikan model ini. 


Toyota Rush 2018


Catat Ulasan

0 Ulasan