header ad

Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive, RON 95 berteknologi terkini



          Petronas hari ini melancarkan produk terbaharu mereka menggantikan minyak petrol Primax 95 yang diguna pakai sebelum ini. 
           Ia dinamakan Primax 95 dengan Pro-Drive, dikatakan mampu memberikan pemanduan yang lebih selesa, responsif dan efisyen. Mereka  mengemaskini petrol mereka supaya ia dapat disesuaikan dengan enjin terkini yang sentiasa dikemaskini terutama dengan penggunaan enjin hibrid yang semakin meluas. 
            Ia dibangunkan dengan menggunakan kepakaran yang Petronas ada termasuk daripada kajian pasukan permotoran F1 mereka Mercedes-AMG Petronas.
           Menurut mereka, Primax 95 baharu ini mampu memberikan prestasi sedemikian kerana ia menggunakan formulasi baharu. Formulasi yang diketengahkan oleh mereka ialah dual Friction Modifier (FM)  pertama dunia, Double Detergent dan anti-corrosion.  

Dual Friction Modifier (FM)

          Petronas merupakan syarikat minyak pertama dunia yang mengenalkan teknologi dual FM. Fungsi FM ialah untuk mengurangkan kesan geseran dalaman enjin. Teknologi sebelum ini hanya menggunakan satu jenis molekul sahaja untuk FM. Dual FM menambah satu lagi jenis molekul yang membantu menambah lekatan pada permukaan geseran dan menambah lapisan perlindungan. Teknologi Petronas ini mampu mengurangkan kesan geseran sehingga 20%.


Teknologi dual Friction Modifier (FM)
Double Detergent

           Double detergent atau bahan pencuci berganda ini dikatakan mampu mencuci sehingga 99% deposit karbon dalam enjin. Ia bertindak seperti sabun yang memerangkap molekul karbon dan memisahkannya dari permukaan. 
           Ia juga membentuk lapisan yang membantu mencegah karbon daripada mendeposit pada permukaan. Ia akan memberikan pembakaran yang lebih asli dan membersihkan kotoran pada penyuntik minyak yang akan memberikan semburan minyak yang tidak terhalang menjadikan pembakaran enjin lebih efisyen. Teknologi ini memberikan lebih ekonomi minyak sebanyak 2% berbanding Primax 95 sebelum ini. 


Dual detergent
Anti-corrosion

          Petronas memperbaharui formulasi anti-corrosion atau anti-kakisan dalam Primax 95 baharu ini. Molekul ini mampu melekat lebih lama kerana struktur kimianya dan akan melindungi permukaan dengan lebih berkesan.


Anti corrosion

         Sempena pengenalan minyak terbaharu ini, Petronas promosi diskaun RM 1 bagi setiap RM 30 dibelanjakan untuk Primax 95 dengan Pro-Drive selama 3 hari bermula 1 Februari 2019. Semua stesyen minyak Petronas sudah diberikan minyak ini. Komen di bawah jika anda rasa perbezaan menggunakan minyak baharu daripada Petronas ini. 

Kredit infografik: https://www.primax.my/

Catat Ulasan

0 Ulasan