Rekabentuk luaran dan dalaman Proton Iriz edisi facelift akhirnya didedahkan kepada umum oleh Proton setelah beberapa kali gambar bocor terutama baru-baru ini ketika Tun Mahathir memandunya ketika menghadiri urusan rasmi.
Perubahan yang paling ketara ialah pada rekabentuk luaran di mana ia kelihatan lebih agresif daripada sebelumnya. Ia disertakan dengan Daytime Running Light (DRL), kemasan hitam pada bumbung, spoiler dan bahagian atas pintu bonet belakang. Rekaan tulisan Proton seperti terdapat pada model X70 mereka juga digunakan untuk Iriz ini. Rim Iriz diberikan rekabentuk yang lebih sporty dengan rekaan 10 spok yang lurus berbanding sebelum ini yang berbentuk seperti bunga.
Rekaan dalamannya majoriti kelihatan sama seperti sebelumnya, tetapi ada beberapa sentuhan baharu diperkenalkan. Rekaan speedometer menggabungkan analog dan digital dengan rekaan yang lebih ringkas tetapi jelas.
Apa pendapat anda? Tertarik tak nak angkat satu?
0 Ulasan