header ad

Honda WR-V Bakal Masuk Malaysia?




           Honda Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai penjual kereta bukan kebangsaan nombor 1 di Malaysia. Dengan permintaan yang konsisten terhadap model mereka, mereka pasti mahu meningkatkan penguasaan pasaran di sini. 

         Antara khabar angin yang kami terima, Honda Malaysia bakal membawa masuk model WR-V, yang sekarang ini dipasarkan di India dan Amerika Selatan.


          Honda WR-V dimulakan produksi pada tahun 2017 merupakan sejenis kenderaan subcompact crossover SUV yang berkongsi dari segi saiz dengan Honda Jazz tetapi dengan rekabentuk seperti BR-V. Ia dijual di India dengan harga serendah RM53,000.




            WR-V mempunyai wheelbase 2555 mm, 3999 mm panjang, 1734 mm lebar dan ketinggian 1601 mm. Ground clearance WR-V ialah 188m, lebih tinggi dari Jazz yang mempunyai clearance hanya setinggi 137mm, menjadikan WR-V lebih berprestasi di jalan yang tidak rata. 


             Model ini dilengkapi dengan enjin petrol dan juga diesel sebagai pilihan. Enjin petrol tersebut berkapasiti 1.2L i-VTEC menghasilkan 89 bhp dan 110 Nm tork. Enjin diesel pula menggunakan 1.5L i-DTEC menghasilkan 99bhp dan 200Nm tork. 


             Ia dikatakan menggunakan minyak secara amat ekonomi, dengan jarak 17km untuk seliter minyak. Jika ia benar akan masuk Malaysia, kami jangka ia pasti akan mendapat sambutan yang tinggi jika dijual dengan harga yang sama seperti di India. 





                 

Catat Ulasan

0 Ulasan