header ad

Senarai Kereta Elektrik Dijual di Malaysia


     Kereta elektrik kini menjadi tren di kebanyakan negara maju. Peningkatan kesedaran untuk menjaga kualiti udara dan alam sekitar menjadikan jumlah jualan kereta elektrik semakin meningkat. Strategi pemasaran dan produk yang semakin menarik dan moden berjaya mengubah persepsi orang ramai terhadap kereta elektrik.


              Berikut merupakan senarai kereta elektrik sepenuhnya (hibrid tidak termasuk) yang dijual secara rasmi di Malaysia.

Nissan Leaf

Nissan Leaf generasi pertama


             Model ini merupakan model elektrik penuh yang paling laku di dunia di mana 400,000 unit telah terjual sejak pengenalannya pada penghujung tahun 2010. Ia dikuasakan dengan synchronous electric motor yang mampu menghasilkan 110 kuasa kuda dan 280 Nm tork. Ia dibekalkan dengan pek bateri lithium-ion 24 kWh memberikan jarak sejauh 140-160 km pada setiap caj penuh.


           Generasi kedua Nissan Leaf diperkenalkan dan bakal memasuki pasaran Malaysia pada tahun ini, 2019, dengan perubahan siknifikan dari segi reka bentuk dan kapasiti jarak. Versi biasa dilengkapi bateri pek 40 kWh dengan jarak 240 km. Versi Plus pula dilengkapi dengan bateri 62 kWh dengan jarak sehingga 364 km untuk setiap caj penuh.

Nissan Leaf generasi kedua





             Nissan Leaf generasi pertama mula dibawa masuk di Malaysia pada 2013 dan dijual dengan harga RM 180,566.18. Ia masih dijual kini sebelum pelancaran generasi kedua pada masa terdekat.
Renault Zoe





             Dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada suku pertama 2016, Renault Zoe merupakan alternatif yang lebih murah berbanding Nissan Leaf sebagai kereta elektrik penuh, dijual bermula RM 146,000. Motor elektriknya mampu menghasilkan 87 kuasa kuda dan 220 Nm tork. Pek bateri lithium-ion yang digunakan membekalkan tenaga sebanyak 22 kWh memberikan model dari Perancis ini jarak 210 km pada setiap caj penuh.





            Zoe termasuk dalam kategori segmen B hatchback 5 pintu, telah terjual lebih 130,000 unit seluruh dunia sejak produksi kali pertamanya pada tahun 2012.
BMW i3




             Kereta elektrik segmen B ini baharu sahaja dibawa masuk ke Malaysia. Dilancarkan secara rasmi pada April 2019, model premium daripada Jerman ini dilengkapi dengan motor elektrik yang memberikan kuasa kepada tayar belakang (Nissan Leaf dan Renault Zoe menggunakan pemanduan tayar hadapan), memberikan 181 kuasa kuda dan 270 Nm tork. Ia mampu bergerak sejauh 260 km pada setiap caj penuh dibekalkan pek bateri 42.2 kWh.



             Model ini merupakan model yang paling mahal berbanding model di atas, dijual bermula pada RM 279,000. Model i3 juga diberikan pilihan yang mempunyai enjin petrol 2 silinder yang berfungsi untuk memberikan lebih jarak (range extender) tanpa perlu mengecaj. Namun pilihan ini tidak dijual di Malaysia.





    Apa pendapat anda dengan model pengenalan kereta elektrik di atas? Kami berharap industri ini semakin berkembang di negara kita untuk 5 tahun akan datang kerana manfaatnya untuk alam sekitar amat ketara di samping mengurangkan kebergantungan kita dengan sumber minyak yang semakin susut simpanannya. Jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah.

Catat Ulasan

0 Ulasan