header ad

5 Perbezaan timing belt vs timing chain - mana lebih bagus?

 

Model ni guna timing chain ke timing belt? Inilah antara soalan popular yang kerap ditanya kepada jurujual kereta oleh pelanggan. Setiap jurujual kereta kena tahu bagaimana ia berfungsi dan perbezaan antara keduanya supaya anda dilihat lebih berpengetahuan dan pembeli lebih yakin dengan anda.

Sebagai pembeli pula, anda perlu tahu kerana ia melibatkan kos dan ketahanan kereta anda untuk jangka pendek dan panjang. Timing chain atau belt merupakan komponen yang sangat penting untuk enjin. 

Ia berfungsi untuk selarikan fasa pusingan silinder dan fasa buka dan tutup injap yang membawa masuk udara dan mengeluarkan asap ekzos. Tanpa timing belt/chain ini enjin silinder anda tidak mungkin akan berfungsi. Lainlah kalau anda guna enjin rotari seperti dalam Mazda RX-7.

Untuk mengenali fungsi timing belt/chain ini, anda perlu tahu fungsi dua komponen yang digerakkannya, iaitu crankshaft dan camshaft. 

Crankshaft merupakan komponen batang yang menggerakkan silinder.


Cshaft.gif

Camshaft pula berfungsi untuk menggerakkan injap enjin.



Nockenwelle ani.gif


Timing chain/belt menyambung dan menyeragamkan pusingan antara kedua-dua komponen di atas.



Kenapa tak guna gear saja untuk menyambung pusingan silinder dan injap? Ini tidak praktikal kerana jarak antara camshaft dan crankshaft akan memerlukan gear yang besar atau banyak menjadikan enjin tersebut lebih berat dan risiko kerosakan yang lebih tinggi.

Berikut merupakan perbezaan utama antara timing belt dan timing chain.

1. Timing chain mempunyai jangka hayat yang lebih lama

Timing belt dicadangkan untuk ditukar setiap 50,000 ke 80,000 km. Manakala timing chain boleh bertahan sehingga 150,000 - 200,000 km. Ianya tertakluk dengan cara penggunaan dan penyelenggaraan kereta oleh pemilik.

2. Timing belt lebih senyap berbanding timing chain 

Ini kerana belt disaluti dengan getah atau polimer yang sudah tentu menyerap gegaran dengan lebih baik. Tetapi dengan keberkesanan rekaan kedap udara enjin terkini, bunyi bukan masalah besar untuk yang menggunakan timing chain. 

3. Minyak pelincir

Timing chain menggunakan besi, dan mempunyai banyak titik sambungan yang akan kerap menghadapi geseran dan gegaran. Ia memerlukan minyak pelincir untuk berfungsi dengan baik. Timing belt pula dibuat daripada getah yang mampu menyerap gegaran dan tidak memerlukan minyak pelincir untuk berfungsi. 

Timing chain

4. Kos jangka pendek dan jangka panjang

Menukar dan menyelenggara timing belt lebih murah berbanding timing chain. Ini adalah kerana material yang digunakan untuk membuat timing belt lebih murah kerana diperbuat daripada getah atau campuran polimer berbanding timing chain yang menggunakan besi. Tetapi anda perlu menukarnya dengan lebih kerap.

Untuk kos jangka panjang, timing chain dikatakan lebih berbaloi kerana anda tidak perlu kerap menukarnya seperti timing belt. Tetapi, jika tidak ditukar terlalu lama dan dijaga dengan baik, kerosakan enjin disebabkan oleh timing chain yang putus lebih memudaratkan dan memakan kos yang besar. 

5. Kesukaran penyelenggaraan

Timing belt lebih mudah diselenggara berbanding timing chain. Menukar timing chain memerlukan lebih masa dan tenaga pekerja kerana lebih banyak komponen perlu dibuka kerana kedudukannya berada didalam rerumah enjin.


Penyelenggaraan timing belt

Bagi yang menala enjin seperti dalam perlumbaan, sudah tentu anda mahu membuat penalaan dengan cepat dan efisyen. Timing belt mempunyai kelebihan di sini kerana anda boleh membuatnya dengan cepat kerana tidak perlu membuka rerumah enjin untuk membuat tetapan.

Menukar timing chain yang sudah lama juga perlu disertai dengan menukar gear timing. Ini adalah kerana semakin lama jangka hayat timing chain tersebut, ia akan meregang dan gerigi gear timing juga akan terhakis akibat regangan tersebut. 

             Apa pendapat anda tentang perbezaan timing belt dan timing chain dan apakah contoh model popular di Malaysia yang menggunakan timing chain? Kongsikan dengan kami dan pembaca lain dalam ruangan komen di bawah.

Catat Komen

0 Ulasan