header ad

Honda e - kereta elektrik comel daripada Honda



                   Honda telah membuka tempahan untuk kereta elektrik penuh mereka yang mempunyai rekabentuk yang comel dan praktikal, iaitu Honda e. Reka bentuknya selari dengan kategori kereta yang popular di Jepun, iaitu Kei car. Kei car didefinisikan sebagai kategori kereta yang paling kecil diluluskan untuk kegunaan jalan raya awam di Jepun. 

             Honda telah menjemput pihak media untuk mencuba sendiri model Honda e di mana model tersebut merupakan model yang menghampiri sepenuhnya model produksi. Bermaksud mungkin ada sedikit lagi pengubahsuaian sebelum model produksi dikeluarkan pada tahun 2020.




             Mereka memberitahu motor elektrik Honda e mampu menghasilkan sehingga 150 kuasa kuda dan 300 Nm tork. Sebagai perbandingan, Perodua Axia 1.0L hanya mampu menghasilkan 67 kuasa kuda. 

             Ia dikuasakan oleh bateri berkuasa 35.5 kWh yang memberikan jarak caj penuh sekitar 200 km (WLTP). Honda berkata model ini mempunyai ciri pengecasan pantas yang mampu mengecas bateri dari sifar ke 80 peratus dalam masa 30 minit jika menggunakan CCS2 DC rapid charger




             Model Honda e menggunakan pemanduan tayar belakang dan mempunyai berat yang seimbang antara bahagian hadapan dan belakang dengan nisbah 50:50. Ia mempunyai jejari minimum pusingan serendah hanya 4.3 meter. 

             Seperti kebanyakan model elektrik yang lain, ia mempunyai kawalan pedal tunggal. Bermaksud kawalan pecutan dan brek kereta boleh dilakukan hanya menggunakan satu pedal sahaja walaupun pedal brek disediakan. 

            Melepaskan pedal tersebut akan menukarkan fungsi motor elektrik daripada menghasilkan gerakan kepada mengecaj semula bateri hasil daripada inersia gerakan kereta disamping memperlahankan kenderaan. 




             Antara ciri Honda e yang menarik perhatian saya ialah ia menggunakan kamera dan skrin paparan untuk cermin sisi. Ia dapat meningkatkan markah aerodinamik dan membantu memberi jarak yang lebih pada setiap caj. 




                   Dengan ciri-ciri yang didedahkan, ia diramal untuk dijual pada harga sekitar RM 130,000. Tempahan sudahpun dibuka di laman web Honda UK walaupun harga rasmi belum diumumkan. Kalau model ni masuk Malaysia anda nak beli tak? Kongsikan jawapan anda dengan kami dalam ruangan komen di bawah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan