header ad

Perodua Kenari bakal dilancarkan semula?


Terdapat desas desus mengatakan Perodua bakal melahirkan semula model mereka yang sangat popular sebelum ini, iaitu Perodua Kenari. Ia merupakan model yang diadaptasi daripada model daripada Jepun, iaitu Daihatsu Move.

Perodua Kenari sebelum ini mempunyai tarikan yang unik kerana ia mempunyai ruang kabin yang tinggi dan selesa. Pintu bonet belakangnya pula dibuka seperti pintu iaitu dibuka di sisi tidak seperti kereta hatchback lain yang dibuka dari bawah ke atas. 



Daihatsu Move di Jepun telah diberikan pembaharuan pada tahun 2018. Ia mempunyai rangka badan yang lebih ringan tetapi kukuh. Ia juga lebih jimat dan boleh pergi sehingga 31km untuk seliter minyak! Rekaan luaran dan dalamannya juga lebih moden. 

Tengok rekaan sterengnya, macam kenal? Ia adalah rekaan yang sama seperti stereng yang digunakan dalam Perodua Myvi sekarang.


Dengar cerita ia dalam fasa pembangunan di Malaysia dan mungkin akan dilancarkan dalam masa setahun dua akan datang. Anda rasa jika ia dilancarkan, adakah ia akan mendapat sambutan luar biasa? Komen jawapan anda di bawah. 






Saksikan video Perodua Kenari rekaan peminat di bawah.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Bila kenari baru nak keluar dah 2020.Bayang pun takde.Masih mengunakan engine yang sama ke

    BalasPadam