header ad

Kuching kini Zon Kuning, permit polis masih diwajibkan untuk pergerakan antara zon

              Hari ini tiada kes baharu Covid-19 dicatatkan di Sarawak. Ibu negeri Sarawak, Kuching hari ini bertukar menjadi zon kuning setelah menjadi satu-satunya daerah di Malaysia yang berstatus zon merah sebelum ini. 

               Walaubagaimanapun, kebenaran bertulis daripada pihak polis masih diwajibkan untuk pergerakan antara zon 1 dan zon 2 di Sarawak. Zon yang dimaksudkan ialah

Zon 1 (zon kuning): Kuching, Samarahan and Serian
Zon 2 (zon hijau): Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri and Limbang.

               Pergerakan ke luar negeri dari Sarawak ke semenanjung, Sabah dan Labuan telah dilonggarkan mulai hari ini dan tidak perlu kebenaran bertulis daripada pihak polis untuk ke luar negeri. 



Catat Komen

0 Ulasan