- Proton Putra merupakan model keluaran Proton yang dilancarkan pada tahun 1996 dan dijual di pasaran sehingga tahun 2001.
- Ia juga dikenali sebagai Proton Coupe di pasaran UK. Ia tergolong dalam kelas sedan segmen-C dengan diberikan 2 pintu. Berasaskan model Mitsubishi Lancer generasi ke empat.
- Proton Putra WRC dibangunkan oleh Prodrive, firma kejuruteraan automotif yang beroperasi di UK.
- Enjin asal 4G93p 1.8L dinaiktaraf menjadi 2.0L untuk model Putra WRC dan diberikan penambahan turbo dengan sistem anti-lag. Ia menjana sehingga aggaran 300 HP dan 400 Nm tork.
- Ia juga dilengkapi dengan sistem pemanduan 4 tayar, kotak gear berturutan (sequential), suspensi dan rekaan aerodinamik yang telah diubahsuai,
- Pengurangan berat keseluruhan menjadikannya seberat 1,230 kg sahaja, antaranya hasil daripada penggunaan gentian karbon, menggantikan panel asal.
Panel pintu gentian karbon dengan udara yang masuk daripada lubang di cermin sisi |
Sistem gear berturutan (sequential) |
Brek AP Racing dan rim OZ Forged dengan spesifikasi untuk perlumbaan atas jalan tar. |
Turbo manifold |
Trip meter rally - untuk kegunaan pemandu kedua bagi tujuan navigasi |
0 Ulasan