header ad

Kenapa kereta Recond kena pasang FM Converter?


Frekuensi radio FM yang digunakan di Jepun ada sedikit berbeza. Kebanyakan negara lain menggunakan julat frekuensi sekitar 88 hingga 108 Mega Hertz (MHz). 

Manakala di Jepun, mereka menggunakan julat frekuensi FM bermula sekitar 76 sehingga 90 MHz. 

Sebab itu bagi kereta Jepun terpakai (recond) yang diimport ke Malaysia, modul FM Converter perlu ditukar, supaya radio kereta dapat memainkan siaran radio tempatan yang tidak ada dalam julat frekuensi Jepun yang disebut di atas.

Ini tidak terpakai untuk kereta import Jepun baharu, kerana pengilang akan memasang siap-siap frekuensi fm yang bersesuaian dengan negara pengimport.

Bagaimana dengan kos pemasangan? Setakat pengalaman saya, kedai aksesori memberi harga sekitar 150 ke 500 termasuk upah pemasangan, bergantung dengan pembuat dan jenis modul tersebut.

Ada model yang perlu lebih daripada pemasangan modul. Selepas memasangan converter tersebut, Paparan nombor frekuensi dalam skrin lcd masih terhad sehingga 90 MHz walaupun dapat memainkan siaran radio lebih daripada itu. 

Untuk ini, pengemaskinian perisian untuk pemain media kereta tersebut perlu dilakukan dan kebiasaannya hanya tempat rasmi sahaja boleh buat seperti pusat servis rasmi Toyota. Ini mungkin akan memakan kos ribuan ringgit. 

Alternatifnya, anda boleh menukar keseluruhan unit media dengan kos yang lebih murah, bergantung dengan jenis dan jenama yang anda guna.

Ikuti perkongsian info berkenaan kereta recond di Telegram Recon Impian

Catat Ulasan

0 Ulasan