header ad

Proton Iriz R5, jentera Ralli dibuka Untuk Pembeli

Mellors Elliot Motorsport (MEM), rakan strategik Proton Motorsports melalui laman Facebook mereka, mengumumkan penjualan model Proton Iriz R5 bagi mereka yang berminat.

Mereka mengatakan secara am penjualan ini adalah untuk pengembangan aktiviti mereka. Mungkin untuk memberi laluan model baharu yang akan mereka gunakan untuk musim perlumbaan seterusnya.

Unit yang dijual adalah Proton Iriz R5 yang dihomologasi sepenuhnya oleh FIA. Terdapat dua varian yang hendak dijual, iaitu stereng sebelah kanan (seperti di Malaysia) dan stereng sebelah kiri. Mereka tidak menyatakan jumlah unit yang tersedia.

Bagi yang membeli unit tersebut, MEM menyatakan mereka berupaya menyediakan sokongan bekalan alat ganti dan juga rekaan alat gantian mengikut spesifikasi diminta pelanggan (bespoke). Selain itu, mereka juga ada menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal ketika perlumbaan untuk pembeli yang memerlukan.

Harga tidak dinyatakan dalam kenyataan mereka. Bagi yang berminat boleh sampaikan hasrat anda di laman Facebook rasmi MEM melalui pautan di bawah.

https://www.facebook.com/MellorsElliot/

Catat Ulasan

0 Ulasan