header ad

Cara beli no plat online menggunakan MySikap JPJ

    Kini anda tidak perlu ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau menggunakan orang tengah untuk membeli nombor plet kegemaran anda. Laman web MySikap yang boleh dilayari di pautan https://public.jpj.gov.my/ merupakan laman web milik JPJ yang memberikan kemudahan orang awam untuk membeli nombor plet secara terus.

    Perlu diketahui bahawa tidak semua nombor tersedia di laman web tersebut. Sebelum nombor terkini dijual, fasa bidaan akan dibuka terlebih dahulu menggunakan laman web atau aplikasi JPJeBid. Setelah proses bidaan tamat, barulah baki nombor dijual dalam MySikap.

Berikut merupakan langkah-langkah membeli nombor plet di MySikap

[Klik untuk besarkan imej]


1. Pendaftaran akaun

    Akaun yang digunakan wajib merupakan individu yang sama yang akan menggunakan nombor plet tersebut. Berbeza dengan JPJeBid di mana akaun keluarga boleh jadi wakil pembeli, info pembeli mestilah sama dengan akaun MySikap yang digunakan. 

    Ini adalah kerana nombor plet tersebut akan didaftarkan menggunakan nombor kad pengenalan akaun. Nama dan alamat akan keluar secara automatik daripada pangkalan data JPJ.

Pada laman utama MySikap, jika belum pernah mendaftar, klik pada Daftar / Log Masuk Kali Pertama



Anda akan diminta untuk mengisi butiran iaitu nombor kad pengenalan, nombor telefon, emel dan kod sekuriti. Nama dan alamat akan keluar secara automatik daripada pangkalan data JPJ


    Selepas mengisi perincian di atas, emel daripada JPJ akan dihantar beserta kata laluan sementara. Log masuk menggunakan kata laluan tersebut dan masukkan kata laluan baharu dan perincian yang diminta.


2. Mencari nombor plet

    Selepas akaun berjaya didaftarkan, anda akan dipaparkan halaman utama MySikap. Klik pada tab Kenderaan yang terletak di sebelah tab Utama. Selepas itu klik pada butang Tempahan No Pendaftaran di bawah.




    Anda akan di bawa ke halaman carian nombor pendaftaran. Cari nombor dan daerah pilihan anda. Nombor yang masih tersedia akan dipaparkan, manakala nombor pendaftaran yang sudah dibeli orang lain akan dipaparkan nota.



3. Proses membeli

    Jika anda berjaya mencari nombor pilihan anda, anda boleh teruskan dengan membeli nombor tersebut. Harga yang akan dikenakan ialan RM300 untuk nombor dan RM10 caj perkhidmatan, berjumlah RM310. Anda boleh menggunakan akaun bank dalam talian atau menggunakan kad debit atau kad kredit untuk pembayaran.


    Pastikan anda telah menetapkan untuk membenarkan 'pop-up' pada laman web MySikap di pelayar web anda kerana ia akan membuka tab baharu secara automatik untuk pembayaran menggunakan akaun bank.


4. Pendaftaran nombor

    Setelah berjaya membeli, rekod pembelian tersebut akan berdaftar dalam sistem JPJ. Pihak penjual kenderaan baharu / unregistered boleh mendaftarkan kenderaan menggunakan nombor tersebut tanpa anda menunjukkan bukti pembelian. 

    Nombor yang dibeli hendaklah didaftarkan pada kenderaan dalam masa 6 bulan sebelum ia tamat tempoh.

Catat Ulasan

0 Ulasan