header ad

Gambar Bocor SUV Terbaharu Proton 2018


          Tidak lama lagi sebelum pelancaran rasmi model SUV pertama daripada Proton, beberapa gambar model tersebut telah bocor di internet. Gambar ini telah dimuat naik di laman web automotif di China iaitu Autohome.

            Proton kini dipegang 49.9% sahamnya oleh syarikat automotif besar dari China iaitu Geely sejak Julai 2017. Model SUV ini akan menjadi model pertama hasil daripada pembelian saham tersebut. 

             Model terbaharu Proton ini berasaskan model daripada Geely iaitu Geely Boyue yang dijual di China sejak 2016. Menurut Proton, model yang akan dilancarkan tidak lama lagi akan diubahsuai mengikut citarasa dan kesesuaian di Malaysia. 


Reka bentuk gril hadapan Proton SUV pertama

Reka bentuk hadapan Proton SUV 

Reka bentuk belakang seperti model Volvo dengan tulisan Proton
Model terbaharu Proton ini akan menggunakan enjin 1.8L TGDi dikuasakan dengan turbo dengan gear automatik 6 kelajuan.

Catat Ulasan

0 Ulasan