header ad

Toyota Yaris 2019 - Info yang ada setakat ini

                  Toyota Malaysia dijangka akan melancarkan produk terbaharu mereka, Toyota Yaris sekitar pertengahan bulan April ini. Mereka sudahpun mendedahkan gambar rasmi untuk model Vios versi 'hatchback' ini, tetapi maklumat terperinci berkenaan model ini belum didedahkan sepenuhnya kepada umum. Tetapi kami pasti ia akan mempunyai ciri persamaan lebih 90% dengan Toyota Vios terbaharu mereka. 


Toyota Yaris 2019



         Apa yang kami tahu setakat ini, Toyota Yaris akan dikeluarkan dengan 3 varian, 1.5 J, 1.5 E dan varian tertinggi 1.5 G. Seperti Vios, ia akan menggunakan enjin 2NR-FE, yang menjana 107 kuasa kuda pada 6000 rpm. Hanya versi transmisi automatik akan dikeluarkan, menggunakan transmisi jenis CVT dengan 'sequential' 7 kelajuan.

           Antara ciri-ciri lain yang telah didedahkan ialah ia akan disertakan dengan fungsi lampu 'Follow-me-home', paparan pelbagai info pada meter laju, cermin pandang belakang 'electrochromic', dan kawalan penghawa dingin automatik.

          Untuk ciri keselamatan, Toyota Yaris ini dilengkapi dengan Blind spot monitor dengan Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Hill-start Asist (HSA), kamera rakaman hadapan, 7 beg udara keselamatan dan kamera dengan paparan panorama 360 darjah. Setakat ini kami belum menerima maklumat sama ada ciri keselamatan ini diberikan untuk semua varian ataupun berbeza bagi setiap varian. 


Ciri keselamatan Toyota Yaris 2019

           Terdapat 5 pilihan warna disediakan, iaitu Citrus Mica, Red Mica, Attitude Black, Silver dan Super White II. 

Warna pilihan Toyota Yaris 2019

           Berikut merupakan harga yang belum muktamad, tidak termasuk insurans. Harga muktamad akan diumumkan ketika pelancaran nanti.

Toyota Yaris 1.5 J

Sabah & Sarawak - RM 74,440
Semenanjung      - RM 71,888
Langkawi             - RM 60,888
Labuan                - RM 62,400

Toyota Yaris 1.5 E

Sabah & Sarawak - RM 80,440
Semenanjung      - RM 77,888
Langkawi             - RM 63,888
Labuan                - RM 65,400

Toyota Yaris 1.5 G

Sabah & Sarawak - RM 87,440
Semenanjung      - RM 84,888
Langkawi             - RM 68,888
Labuan                - RM 70,400

Catat Ulasan

0 Ulasan