header ad

Tinted JPJ 2020 - Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019 diumumkan JPJ

       Kementerian Pengangkutan hari ini yang diwakili oleh YB Anthony Loke telah mengumumkan peraturan baharu untuk untuk kegelapan cermin kenderaan. Perubahan ini hanya tertakluk untuk kenderaan jenis persendirian sahaja.

          Sebelum ini, peraturan yang ditetapkan oleh kementerian berkenaan kegelapan cermin, cermin hadapan maksima 30% (70% terang), cermin sisi hadapan 50%, cermin sisi belakang dan cermin belakang ialah 70%. 

        Pindaan baharu ini hanya melibatkan cermin sisi belakang dan cermin belakang sahaja di mana kedua-duanya dibolehkan untuk dipasang lapisan kegelapan melebihi 70% tanpa memberikan secara spesifik kegelapan maksima. Bermaksud pengguna boleh memasang seberapa banyak tahap kegelapan untuk bahagian cermin tersebut. Cermin sisi hadapan dan cermin hadapan kekal masing-masing 50% dan 30% tahap kegelapan maksima yang dibenarkan.

Peraturan baharu kadar kegelapan cermin kenderaan 2019

         Bagi kenderaan untuk tujuan komersial, kadar kegelapan cermin untuk semua bahagian tidak boleh melebihi 30%. Mereka yang ingin memasang lapisan yang lebih gelap daripada yang telah ditetapkan atas pelbagai faktor boleh membuat permohonan rasmi dengan JPJ. Kos permohonan dikenakan caj RM50 manakala permohonan yang berjaya akan dikenakan caj sebanyak RM 5000 untuk tempoh 2 tahun. Untuk sebab kesihatan tidak akan dikenakan caj.


Catat Ulasan

0 Ulasan