header ad

Geely Bo Yue Pro - Model asal Proton X70 dinaik taraf!



                 Laman Facebook rasmi Geely iaitu Geely Worldwide hari ini mendedahkan gambar rasmi model terbaharu mereka, iaitu Geely Bo Yue Pro. Ia merupakan penaiktarafan model sebelumnya yang merupakan model yang digunakan oleh Geely sebagai model SUV Proton iaitu Proton X70. Proton X70 buat masa ini masih dijual daripada model CBU dan model CKD dijangka mula dijual pada penghujung tahun ini.

Baca: Apa beza CKD dan CBU?



Antara perubahan untuk model tersebut ialah rekaan lampu hadapan dan belakang, bumper dan juga spoiler. Rekaan dalaman diberikan penaiktarafan yang lebih ketara. 




Sistem infotainment Geely Bo Yue Pro menggunakan sistem GKUI yang telah dikemaskini. Terdapat khabar mengatakan model ini akan disertakan dengan jam pintar, menjadikan sistem info model ini mampu mengintegrasikan aplikasi seperti komunikasi, kesihatan dan info kereta. 

Enjin yang digunakan juga mendapat sentuhan terbaharu bagi memastikan ia memenuhi piawai pelepasan gas terkini. Ia akan menggunakan enjin jenis 1.8 liter turbo dan juga 1.5 liter turbo yang dibangunkan bersama dengan Volvo, syarikat eropah yang dimiliki oleh Geely. 

Model CKD Proton X70 yang bakal dilancarkan penghujung tahun ini masih tidak diketahui spesifikasi secara terperinci. Namun pihak Proton mengatakan ia pastinya lebih baik daripada model CBU sedia ada dengan "kejutan tempatan". 

Apa pendapat anda berkenaan berita ini? Kongsikan dengan kami di bawah.








Catat Ulasan

0 Ulasan