header ad

JPJeBid - Bidaan nombor plet kini boleh dibuat melalui internet!

Gambar daripada akaun Facebook rasmi JPJ Malaysia

             Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah membangunkan satu sistem di mana bidaan nombor pendaftaran kenderaan boleh dibuat secara dalam talian oleh pembida sendiri. 

           Setelah beberapa tahun dalam fasa cadangan dan pembangunan, operasi sistem tersebut secara rasmi dibuka pada 15 April, 2019 setelah mendapat kelulusan daripada Menteri Pengangkutan. Ia dikenali sebagai JPJeBid dan boleh diakses melalui pautan di bawah.


            Antara perkhidmatan yang boleh didapati dalam sistem tersebut ialah pengumuman pembukaan bidaan, pendaftaran akaun, proses bidaan dan pembayaran dalam talian. Proses ini boleh dilakukan sendiri oleh pembida tanpa perlu perkhidmatan orang tengah.

Tangkapan skrin halaman JPJeBid

          Menurut pihak JPJ, perkhidmatan JPJeBid ini akan menawarkan ketelusan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat, mesra pengguna dengan menawarkan elemen-elemen yang berteraskan User Experience (UX) yang ringkas, meningkatkan kecekapan proses bidaan secara manual kepada secara dalam talian, persekitaran keselamatan sistem yang terjamin dan kebolehan mengakses sistem JPJeBid secara Online Real Time dimana-mana sahaja tanpa mengira masa.

           Menurut mereka lagi melalui pelaksanaan JPJeBid pengurusan nombor kenderaan dapat dipertingkatkan dan diperkemaskan dengan hanya melalui sistem urusniaga dalam talian.

             Mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan ini perlu mempunyai akaun mySIKAP JPJ terlebih dahulu, berumur 18 tahun ke atas dan merupakan penduduk tetap Malaysia (PTM) atau orang awam Malaysia (MAL). 

           Apa pendapat anda tentang pelaksanaan program JPJeBid? Lontarkan komen dan pandangan anda di bawah.

Catat Ulasan

0 Ulasan