header ad

Kereta pondok enjin Audi v8!

Ya anda tidak silap baca. Seorang lelaki yang berasal di Oxfordshire, UK bernama Kevin Nicks telah membina sebuah kereta yang menyerupai sebuah pondok yang berfungsi dan sah digunakan di jalan UK.



Ia pada asalnya ialah sebuah model Volkswagen, iaitu Volkswagen Passat. Kevin seorang yang menggemari modifikasi kereta dan dikelilingi rakan yang juga mahir mengubahsuai kereta. 

Dia mendapat idea untuk membuat kereta pondok dan terus membuatnya tanpa ragu. Dia membeli hampir 300 kg besi dan mengimpalnya membentuk rangka pondok. Dinding diperbuat daripada kayu sebenar. Ia juga mempunyai suspensi hidrolik yang boleh menurukan badan kereta ketika berhenti dan menaikkannya semula ketika hendak bergerak.



Pada mulanya kereta tersebut menggunakan enjin diesel 2.8L V6. Tetapi Kevin tidak berpuas hati kerana ia tidak mencapai kelajuan maksimum seperti yang diharapkan. 

Dia selepas itu memasang enjin Audi RS 4.2L V8 yang mampu mengeluarkan kuasa kuda sehingga 455 bhp! Ia boleh mencapai kelajuan sehingga 180 km sejam. Mengagumkan jika diambil kira berat kereta tersebut dan aerodinamik yang tidak efisyen dengan rintangan angin yang tinggi.


Kevin telah membelanja kira-kira RM 67,000 (GBP 13,000) untuk projek tersebut. Untuk Kevin, ianya berbaloi dan memberi kepuasan untuknya terutama ketika mendapat perhatian orang ramai dan mengukir senyuman orang yang melihatnya. 

Bagaimana pula reaksi anda jika kereta pondok di jalan Malaysia? Komen jawapan anda di bawah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan