header ad

Proton Invictus - cermin sisi digital dengan pintu automatik

Tunggu dulu! Ini bukanlah keluaran rasmi daripada Proton tetapi ianya adalah rekaan konsep pasukan Asia Pacific University (APU) sempena pertandingan kereta konsep yang telah dianjurkan oleh Proton dan DRB-Hicom. 

Antara rekaan yang diketengahkan ialah "cermin" sisi paparan digital menggunakan kamera menggantikan cermin biasa. Selain itu, ia juga mempunyai pintu yang boleh buka dan tutup secara automatik. 

Pemilik kereta cuma perlu berdiri di sebelah kereta dan kamera yang menggantikan cermin sisi tersebut akan mengimbas muka dan membuka pintu jika imbasan disahkan sebagai pemilik kereta. 

Saksikan video di bawah untuk penerangan dan demonstrasi daripada pasukan tersebut. 


Catat Ulasan

0 Ulasan