header ad

Perodua Axia Facelift 2019 bakal dilancarkan


        Perodua bakal melancarkan model facelift untuk model mereka yang masih mendapat sambutan hangat iaitu Perodua Axia. Ia sudah dibuka untuk tempahan dan Perodua telah mendedahkan ciri-ciri baharu untuk setiap varian model facelift tersebut.

Walaubagaimanapun gambar rasmi masih belum didedahkan. Kami menjangkakan ia masih menggunakan casis yang sama cuma rekabentuk gril, skirting, rim dan lampu akan diubah untuk rekabentuk luaran.



Dengar-dengar model facelift ini bakal dilancarkan pada 20hb September iaitu pada penghujung bulan ini. Berikut merupakan maklumat rasmi yang telah didedahkan oleh Perodua

Varian

Axia Facelift 2019 ini akan menyaksikan penambahan varian berbanding sebelumnya. Sebelum ini Axia diberikan varian E (manual), G (auto & manual),  SE (auto & manual) dan AV (auto).

Kini, varian yang disediakan ialah E (manual), G (auto), GXtra (auto), SE (auto), STYLE (auto) dan AV (auto). Ya, kini Axia facelift diberikan 6 varian semuanya. Transmisi manual hanya diberikan untuk varian E sahaja manakala varian seterusnya hanya auto disediakan. 


Daihatsu Ayla merupakan model di mana Perodua Axia diasaskan.


Ciri-ciri yang masih sama 

Axia facelift ini masih menggunakan enjin yang sama digunakan oleh Axia sekarang iaitu 2NR-VE 1.0L VVT-i. Enjin ini memberikan penjimatan dengan kadar penggunaan minyak 22.5km untuk seliter bagi manual dan 21.6km untuk seliter minyak bagi transmisi automatik.

Ruang bonet masih mengekalkan isipadu sebanyak 260L. Dari sini kami menjangkakan ia masih menggunakan casis yang sama. 

Ciri-ciri baharu dan perbezaan setiap varian

Axia E 

Transmisi manual, rim keluli. 

Axia G

ABS & EBD, 2 pembesar suara, gril hadapan dengan kemasan cat, rim alloi 14 inci.

Axia GXTRA

Vehicle Stability Control (VSC) & Traction Control (TC), ABS & EBD, cangkuk anti ragut, sensor mengundur, kerusi pemandu ketinggian boleh laras, cermin sisi lipatan elektronik, 4 pembesar suara.

Axia STYLE

Bampar hadapan belakang dan sisi jenis "STYLE" dan rim 15 inci. 

Axia SE

Tinted Solar & Security, Butang mula dan henti enjin, sensor hadapan, gril hadapan dengan kemasan krom, skirt depan, skirt sisi, rim 14 inci.

Axia AV

Advanced Safety Assist (ASA) 2.0, kamera mengundur.


kredit gambar: Tribunnews


Senarai Harga

Berikut merupakan senarai harga untuk Sarawak & Sabah, termasuk harga anggaran untuk insurans. Tertakluk kepada perubahan.


Axia E             RM 26,920.51

Axia G             RM 36,533.54

Axia GXtra       RM 38,080.71

Axia STYLE      RM 42,043.17

Axia SE           RM 42,043.17

Axia AV           RM 46,410.82

Tambahan

Bagi yang menetap di kawasan Kuching dan sekitarnya, anda sudah boleh menempah Perodua Axia Facelift 2019 ini dengan menghubungi kami melalui link di bawah.

Saya berminat - Axia Facelift 2019

Catat Ulasan

0 Ulasan