header ad

Perodua Axia Facelift 2019 dilancarkan!




         Hari ini Perodua telah melancarkan model penambahbaikan mereka, iaitu Perodua Axia facelift. Ia merupakan penambahbaikan yang kedua selepas facelift yang pertama dua tahun lepas dan lima tahun selepas pertama kali model Axia dilancarkan.

Perubahan yang pertama apabila melihat model ini adalah dari segi rekabentuk luaran, tetapi ianya minima. Axia pada kali ini diberikan enam pilihan varian, iaitu E manual, G auto, GXtra auto, SE auto, AV auto dan STYLE auto. Ya Perodua telah memberhentikan pengeluaran transmisi manual kecuali hanya untuk varian E, iaitu varian paling asas.

Sistem enjin dan transmisi untuk facelift ini menggunakan jenis yang sama seperti sebelumnya. Ia menggunakan enjin 1KR-VE VVT-i yang menghasilkan 67 kuasa kuda pada 4,400 rpm. Tangki minyak berkapasiti 33 liter atau sekitar RM 65 ringgit untuk setiap tangki penuh.

Pengenalan model facelift ini juga menyaksikan peningkatan harga berbanding sebelum ini, iaitu sekitar RM300 ke RM 3,000. 




Harga di atas menunjukkan perbezaan harga Axia model sebelum ini dan terkini menggunakan harga atas jalan termasuk insurans, harga Sabah & Sarawak.

Ianya bukanlah indikasi kenaikan cukai oleh kerajaan atau inflasi matawang, tetapi Axia terbaharu ini memperkenalkan beberapa ciri yang belum pernah ada sebelum ini untuk model lama, yang menyebabkan perbezaan harga tersebut.

Axia Facelift SE

Buat pertama kalinya, vehicle stability control (VSC) & traction control (TRC) dipasang untuk Axia. Ia merupakan ciri keselamatan di mana ia membantu mencegah kereta hilang kawalan ketika membelok laju di selekoh atau jalan lurus yang licin. Bagi kami, sepatutnya semua kereta baharu diwajibkan untuk dipasang sistem ini kerana hilang kawalan ketika di selekoh merupakan suatu insiden yang sangat kerap berlaku. Namun model E & G tidak diberikan ciri ini.

Selain itu ASA 2.0, singkatan untuk Advanced Safety Assist versi ke dua, diberikan untuk varian AV. Sistem ini sama seperti yang diberikan pada model Perodua Aruz AV. 

ASA 2.0


Tidak ada pembaharuan ketara untuk rekabentuk dalaman. Sistem radio sama seperti model sebelumnya. Rekabentuk speedometer juga diberikan sedikit 'touch up'. 

varian AV


Rekabentuk rim untuk model E, G, GXtra & AV menggunakan rekabentuk dan saiz yang sama seperti sebelumnya. Rim varian SE menggunakan rim 14 inci yang digunakan untuk model Myvi 1.3, manakala varian STYLE menggunakan rim rekabentuk baharu, saiz 15 inci dwi tona.

varian STYLE


Varian yang paling menarik perhatian sudah tentu varian STYLE. Ia merupakan varian yang menggunakan rekabentuk crossover, rekabentuk yang menjadi tren ketika ini. Ia dijual sama harga dengan varian SE. 

STYLE bukanlah varian dengan aksesori paling banyak, bahkan ada yang kurang daripada SE. Keunikan varian ini disebabkan rekabentuk luarannya. Ia juga diberikan railing, bagi mereka yang ingin memasang aksesori simpanan di atas. Warna Sunrise Orange, hanya diberikan untuk varian ini.

varian STYLE

varian AV

Untuk penjelasan yang lebih terperinci, nantikan artikel daripada kami untuk menerangkan perbezaan antara setiap varian. Ikuti kami di laman Facebook kami borneoauto.com. 

Catat Ulasan

0 Ulasan