Untuk bukan Disember tahun ini, Perodua menawarkan rebat untuk 3 model kenderaan mereka. Model tersebut ialah Perodua Aruz, Perodua Myvi dan Perodua Axia. Untuk model Aruz, rebat tersebut diberikan untuk semua varian, iaitu Aruz X dan Aruz AV. Untuk Myvi, rebat hanya diberikan untuk varian Myvi 1.5 H dan Myvi 1.5 AV. Manakala, Axia hanya ditawarkan satu varian sahaja, iaitu Axia GXtra.
Berikut merupakan promosi rebat yang ditawarkan oleh Perodua
Perodua Aruz X & AV = RM 2,500
Perodua Myvi H = RM 800
Perodua Myvi AV = RM 1,200
Perodua Axia GXtra = RM 1,000
Untuk menebus promosi tersebut, kereta yang dibeli mestilah didaftarkan di JPJ dalam bulan Disember 2019. Bagi yang menempah pada bulan tersebut tetapi kereta tidak didaftarkan pada bulan yang sama, promosi tersebut tidak terpakai.
0 Ulasan