header ad

Cara Interchange Nombor Plate


              Menggunakan nombor plet kereta yang mempunyai maksud tersirat merupakan idaman hampir semua pemilik kereta. Contohnya seperti tahun kelahiran, contoh 1987, tarikh ulang tahun perkahwinan dan juga nombor yang menyerupai ejaan nama seperti M3947 (Megat), SYA 719 (Syafiq). 

              Untuk yang sudah berjaya memiliki nombor idaman mereka, tetapi ingin memiliki kenderaan baru, bagaimana caranya untuk memindahkan nombor lama tersebut ke kereta baru? Adakah ia akan memakan kos yang besar? dan adakah kereta lama tersebut perlu dijual terlebih dahulu? Haaa, nak tahu jawapan kepada persoalan tersebut, baca artikel ini sampai habis.

            Pemindahan nombor pendaftaran kenderaan merupakan praktis yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Anda tidak perlu untuk menjual kereta lama anda kepada orang lain untuk memindahkan nombor tersebut. Tetapi, pemindahan tersebut hanya dibenarkan untuk pemindahan daripada kereta lama ke kereta baharu atau import terpakai yang belum didaftarkan (unregistered).


              Bagaimana pula untuk kereta atas nama lain? Contoh kereta isteri atau adik, kalau nak ambik nombor plet kereta tu ke kereta kita boleh ke? Jawapan nya boleh, tetapi leceh sikit. Pertama, anda perlu tukar nama kereta tu dulu ke nama anda. Lepas tukar baru boleh ambik nombor plet tersebut ke kereta baru anda. Kalau kereta tu masih ada pinjaman bank, anda kena selesaikan pinjaman itu dahulu sebelum menukar hak milik.

               Kereta tu memang saya punya, jadi apa langkah yang saya perlu buat? Okay, selepas anda telah membuat pembelian kereta baru, iaitu selepas pinjaman diluluskan dan sebelum kereta tersebut didaftarkan di JPJ, anda perlu membawa kereta lama anda untuk pemeriksaan Puspakom. Laporan yang diperlukan untuk kereta lama ialah B2 atau B5. 

              Setelah lulus pemeriksaan Puspakom tersebut, anda perlu menyediakan senarai dokumen untuk dibawa ke JPJ. Hanya pemilik kenderaan sahaja yang dibenarkan untuk pergi ke JPJ untuk urusan pindahan nombor plet, dan identiti biometrik iaitu cap jari diperlukan untuk pengesahan. Peraturan baharu ini hanya bermula pada penghujung tahun 2019, berbeza dengan sebelumnya di mana anda boleh mewakilkan orang lain untuk membuat urusan tersebut di JPJ.


              Senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut;

  1. KENDERAAN BAHARU
  1. 2 (dua) salinan Borang Senarai Semak eDaftar.
  2. 2 (dua) salinan Borang JPJ K1 cetakan elektronik.
  3. Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
  4. Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM(B2) bagi kenderaan orang cacat atau kenderaan impot.
  5. Salinan Sijil Kelulusan Kenderaan Diesel Hijau (SIRIM) yang masih berkuatkuasa (bagi kenderaan diesel hijau).
  6. Borang Kastam K1 (bagi kenderaan impot).
  7. Lesen Impot (AP) asal dan salinan (bagi kenderaan impot).
  8. Surat/borang keputusan tempahan nombor pendaftaran kenderaan yang berjaya (jika berkenaan); dan
  9. Fi yang telah ditetapkan.

 

  1. KENDERAAN LAMA
  1. 2 (dua) salinan Borang JPJ K1E.
  2. 2 (dua) salinan Borang JPJ K1A.
  3. Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
  4. Perakuan Pendaftaran Kenderaan (JPJK2) asal.
  5. Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (B2) atau B5.
  6. Surat pengesahan/persetujuan daripada Kastam (bagi Labuan dan Langkawi).
  7. Stiker cukai jalan (tidak wajib)

                  Jangan risau, anda tidak perlulah pening-pening nak cari dokumen tersebut satu-satu, kerana biasanya tempat anda membeli kereta baru sepatutnya tahu dokumen yang perlu mereka sediakan dan mereka akan menasihat dan menyediakan dokumen tersebut untuk anda. 

                 Kalau saya ambil nombor plet dari kereta lama, kereta lama nak pakai nombor plet apa? Jika anda tidak mahu membuat bayaran lebih, anda boleh memohon untuk menggunakan nombor terkini sahaja untuk kereta lama. Jika anda nak guna nombor pilihan pun boleh, dengan bayaran tambahan bergantung dengan jenis nombor tersebut. Jika ada pilihan nombor sendiri, maka urusan pembelian nombor tersebut hendaklah diuruskan terlebih dahulu. 

                Setelah dokumen tersebut lengkap, maka bolehlah anda melawat di cawangan JPJ berhampiran anda. Sebelum anda pergi, saya menasihatkan anda telefon dahulu cawangan tersebut sama ada mereka menyediakan perkhidmatan pindahan nombor plet. Contoh, ada cawangan JPJ di pusat UTC tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. 

               Berapa bajet yang saya perlu sediakan sebelum pergi JPJ? Caj yang dikenakan oleh JPJ ialah sebanyak RM110 untuk proses pertukaran setakat pada tarikh artikel ini ditulis. Anda perlu membawa RM110 dan jumlah harga roadtax / cukai jalan untuk kereta baharu. Contoh jika kos cukai jalan sebanyak RM 72, maka anda perlu membawa RM110 + RM72 = RM 182.


               Berikut merupakan rumusan syarat-syarat daripada JPJ untuk pemindahan nombor plet;

  1. Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar kenderaan.
  2. Kedua-dua kenderaan asal dan baru dimiliki oleh pemilik yang sama.
  3. Kenderaan baru belum didaftarkan lagi.
  4. Hanya kenderaan asal yang hendak dibuat pemindahan nombor dikehendaki menjalani pemeriksaan PUSPAKOM untuk mengenalpasti identiti kenderaan. Bagi kenderaan baru, pemeriksaan TIDAK diperlukan kecuali bagi kenderaan impot.
  5. Kenderaan asal tiada senaraihitam JPJ dan PDRM.
  6. Tarikh e-Insuran adalah terbuka bagi kenderaan baru selepas pemindahan nombor pendaftaran diproses.
  7. Fi yang telah ditetapkan.
         
                   Jika ada soalan dan penambahan daripada anda, jangan lupa komen dalam ruangan di bawah.

Catat Ulasan

89 Ulasan

  1. Terima kasih atas maklumat ini.... sedikit sebanyak dapat membantu saya.

    BalasPadam
  2. Salam..boleh sy tahu berapa total kos utk pindah nombor plate ni? Sbb sales agent bgtwu nak dekat 500. Adakah sy ditipu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam, sekitar seratus lebih belum masuk roadtax. dia caj lebih mungkin untuk runner fee.

      Padam
    2. Terima kasih penerangan diatas sangat membantu.. Cuma saya nak tahu di puspakom untuk tujuan Pemindahan Nombor Pendaftaran apa sahaja yang meraka check pada kereta lama ya?

      Padam
    3. kereta lama tu mereka check chasis number match dengan geran asal untuk pengesahan kereta tu betul , check tinted windscreen & tingkap depan tu aje, kereta buruk mcm mana oun xkesah, sy baru buat kat puspacom semalam , ambil masa 20 minit untuk periksa tapi Q giliran yg lama, sila dtg awal utk elak Q panjang.

      Padam
  3. Kalau sy nak no plat terkini utk n9, contoh skrg NDQxxxx.. Sy nak beli NDRxxxx.. Boleh ke sy beli dan pakai plat baru NDRxxxx pada motor sy yg plat NDFxxxx?
    Apa yg perlu dibuat pada plat NDFxxxx?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuan kena beli motosikal atau kereta baru atas nama tuan untuk letak plet lama NDF, dan buat prosedur interchange seperti yang saya tulis di atas. Terima kasih singgah laman web saya.

      Padam
  4. Salam. Kereta saya plat Langkawi. Boleh kah saya tukar number plat untuk digunakan di semenanjung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam, kereta daftar n beli harga di langkawi?

      Padam
    2. kalau beli dan daftar di langkawi, kena selesaikan cukai baru boleh di guna di luar

      Padam
  5. Salam, contoh kenderaan moto nama saya dan kereta nama saya kedua duanya kenderaan lama, bolehkan no pendaftaran moto tu tukar pada kereta saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam, pertukaran ni salah satu kena melibatkan kereta / moto baru tuan, kalau dua2 sudah didaftar xdapat interchange

      Padam
    2. Terima kasih tuan atas jawapan.

      Padam
  6. Adakah kita dibenarkan buat carian di JPJ utk no yg telah didaftarkan pd org lain dgn tujuan utk membeli no tersebut utk kereta kita. Jika boleh, adakah hanya utk kereta baharu shj dn tidak pada kereta lama. Contoh, sy mencari no W 21 E, utk dipasang pd kereta lama yg telah berdaftar? Tqvm

    BalasPadam
    Balasan
    1. maklumat no pendaftaran dikira sebagai data peribadi, saya rasa tidak boleh untuk orang awam melainkan atas kebenaran pemilik atau kes polis.

      Padam
  7. Lanjutan dr soalan pertama, manakah lbh mudah dn jimat kos, sekiranya sy beli shj no baharu spt dr Sabah/Srwk yg ada dibelakangnya XXX 21E, dr proses pertama yg dinyatakan? TQVM

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak cepat boleh rujuk mana2 dealer berdaftar yang menjual nombor plet atau semak no yang ada di laman web mysikap atau jpj e-bid. Kalau menunggu giliran mungkin ambil masa untuk 21 E melainkan tuan tidak kisah untuk tunggu

      Padam
  8. Nak pasang no plate bida ke kenderaan baru apa prosedurnya? apa cas2 nya? ke boleh terus pasang?


    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah beli no plet bida, tiada kos tambahan untuk pasang pada kereta baru yang belum berdaftar. kecuali untuk pendaftaran berlainan negeri, ada tambahan rm150 caj pendaftaran untuk individu, rm500 untuk syarikat. contoh kereta berdaftar di semenanjung, guna no plet sabah/sarawak

      Padam
    2. kerete lama sy guna di KL cuma daftar nombor serawak "SY" , jika sy nk pindah nombor ini ke kereta baru yg bakal dibeli (kereta lama swap/ganti dengan running number), adakah akan dikenakan fee RM150 juga kerana berlainan negeri?

      Padam
  9. Salam hi tuan.saya nak tanya.utk beli no plate online melalui mysikap,boleh ke beli atas nama saya no plate tersebut,kemudian digunakan di kereta baru atas nama isteri saya?atau pembelian no plate online juga perlu atas nama isteri saya?terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam tuan, kalau kereta nama isteri, kena guna akaun mysikap daftar nama isteri. untuk pembayaran boleh guna kad nama tuan

      Padam
    2. Kalau saya dah beli nombor kat mysikap tapi kete baru nama isteri, boleh tukar hakmilik nombor plate tak? Cara mana yg senang atau saya kena buat?

      Padam
    3. tak dapat tukar macam tu ja tuan, no tu kena park dekat moto atau kereta baru, lepas tu buat interchange. selain tu, tunggu no tu expired 6 bulan, lepas tu beli nama isteri. buat di kaunter jpj masa baru expired, dalam mysikap mungkin tak ada lagi.

      Padam
  10. salam.. saya bercadang untuk memindahkan no kereta lama kpd kereta yang baru. Bolehkan saya berbuat demikian jika kereta baru yang saya beli sudah didaftarkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam, kalau pindah terus tidak dapat, sebarang perpindahan no plet, salah satu kenderaan adalah yang belum berdaftar

      Padam
  11. saya telah beli no. plate baru untuk kenderaan lama saya.
    tetapi sy tiada kenderaan baru.
    bagaimana nak tukarkan no. baru pada kenderaan saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk kos paling minima, tuan beli motosikal baru yang belum berdaftar. sebarang pertukaran wajib salah satunya kenderaan yang belum ada no plet atau berdaftar

      Padam
  12. sy ingin membuat interchange plat.. dri kereta ke motor. apakah saman dripda kreta perlu d jelaskan dahulu.. atau bagaimana

    BalasPadam
  13. Adik sy ada bli no plat kereta atas nama dia untk kereta bru atas tp penama kereta baru tu nama kakak dia..mcm ne yer prosuder untuk proses ptukaran tesebut ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena beli nombor atas nama kakak dia baru dapat guna tuan, ikut penama kereta. tukar macam tu ja tak dapat, kena ikut cara saya tulis di atas

      Padam
  14. Assalamualaikom tuan.. Bolih sya bertanya?? Ape yg perlu ada bila kereta lama sya nak dilupuskan dan mahu ambil nombor plet itu di tukar kan pada kenderaan lainn.. Terima kasih tuan.

    BalasPadam
  15. Salam tuan.. Kalau sy nak tukar no plat lama sy ke kereta baru boleh ke?? Tp kereta baru tu belum didaftarkan...

    BalasPadam
  16. Salam. Jika saya dah buat interchange utk plate lama ke kenderaan baru. Brp lama tempoh diberi utk daftar nombor interchange tu ke kenderaan baru? In case model kenderaan baru tu xde stok di kedai

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam tuan, kalau beli nombor tempoh tamat 6 bulan. pendaftaran dibuat serentak untuk kereta lama dan kereta baru guna interchange

      Padam
  17. Salam. Jika saya dah buat interchange utk plate lama ke kenderaan baru. Brp lama tempoh diberi utk daftar nombor interchange tu ke kenderaan baru? In case model kenderaan baru tu xde stok di kedai

    BalasPadam
  18. salam.saya nk beli kereta 2hand.so sy nk tukar no plate kereta tu dgn no baru sy beli guna dekat my sikap.mcm mna caranya ye? berapa kos sy perlu keluarkan.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. wssalam, lepas beli kereta 2nd, kena beli motosikal atau kereta baru untuk park nombor lama, rujuk artikel saya di atas saya ada jelaskan

      Padam
  19. Assalamualaikom tuan.. Sya ada kereta lama atas nama saya sendiri. Pastu sya nak beli motor baru dan akan pakai nombor plet kereta lama..nanti kereta lama sya nak lerai kan.. Boleh tuan ajar step by step.. Camana cara nak tukar..

    BalasPadam
  20. Assalamuaikum tuan... Saya nak bertanya saya ada beli plate atas nama saya... So skg saya nak letak no plate saya dekat kereta atas nama wife saya.. No plate wife saya nak letak dekat kereta atas nama saya..berapa kos Dan urusan dye mcm mane ye... Leceh ke tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam wbt, kalau terus interchange terus macamtu tak dapat tuan. Setiap interchange kena ada kereta / motosikal baru yang belum didaftar, dan kena melibatkan penama yang sama.

      Padam
  21. minta pendapat..kalau saya beli beli kereta atau motor second..nombor beli nombor baru..apa processnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuan kena beli kereta atau motor baru untuk park nombor lama. ada kedai motor ada buat servis interchange no tanpa beli baru, tuan boleh tanya dekat kedai tuan beli.

      Padam
  22. Salam Tn. Saya telah membeli satu nombor khas dari organisasi saya, UXX XXXX. Saya beradang untuk membeli sebuah motorsikal besar second hand bernombor JXX XXXX. Bagaimana cara untuk meletakkan nombor UXX XXXX ke motorsikal JXX XXXX? Tkasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam tuan, tuan kena beli kereta atau motor baru yang belum didaftar jpj untuk park no lama. ada juga kedai motor yang buat servis interchange tanpa beli motor baru, tuan boleh tanya dekat kedai yang tuan beli.

      Padam
  23. Assalamualaikum tuan sya nak tanya macam mana pula kalau saya ada tempah no plate and sya nak bagi dekat akak sya sebab dia ada beli kereta baharu. Apa procedure yg sya perlu buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam, tak dapat serah macamtu direct, kena tunggu nombor tu expired lepas 6 bulan, lepastu kakak tuan beli lagi. atau beli motor baru atas nama tuan secara cash, dan tukar nama ke nama kakak. lepastu buat interchange seperti di atas.

      Padam
  24. Assalamualaikum tuan.. saya da tukar no plat ke kenderaan baru.. dan dan tempoh insurans lame masih berbaki 10bulan adakah perlu utk membuat insurans baru ke kenderaan lame sye sebab sudah tukar no plat

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam, tak perlu buat insurans baru, tapi tuan kena bagitau dekat syarikat insurans yang tuan dah tukar no plet. kalau tak bagitau nanti ada masalah kalau nak claim insurans

      Padam
  25. Saya ada no plat atas nama saya.. tetapi belum register.. sekarang inj saya nak masuk kan no plat tu atas kerta baru isteri saya.. boleh ke? Dan ape perlu saya buat ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak dapat bagi direct tuan. kena tunggu no tu expired dan isteri tuan beli lagi sekali. atau tuan beli motor baru guna no plet tu, dan tukar nama kepada isteri. lepastu buat interchange no sebelum kereta baru tu register.

      Padam
  26. Salam tuan,saya brcadang beli kete 2nd.Dan saya nak pakai no baru tak nak no yg sedia ada pd kereta tu.So apa yg saya perlu buat dan betulke kos assingment yg kedai kete cas dlm 1500?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam, kereta second hanya dapat interchange kalau tuan ada beli kereta / motor baru yang belum register jpj atas nama tuan untuk park no kereta second tu. ada kedai yang buat servis interchange tanpa perlu beli motor baru, caj bergantung kepada kedai, takda fix rate.

      Padam
  27. salam.. sya ad plate kereta bru belom register mna2 kenderaan dn cdng nk tukar plate bru yg blom register ni ke kereta lama..bleh ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam, tuan kena beli kereta / motor baru untuk park no kereta lama. atau bayar kedai yang ada buat servis interchange no.

      Padam
  28. Assalamu alaikum..sy nk tnye klo bid nombor flat atas Nama suami,tp kete ats nama isteri,cmne ye?boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam, jpj e bid benarkan pasangan untuk jadi wakil bid. asalkan ada supporting dokumen cth sijil nikah

      Padam
    2. assalam tuan..saya bercadang nak bid nombor di jpj ebid bagi pihak isteri saya :
      1)macamana nak sertakan supporting dokumen sijil nikah tu di jpj ebid?
      2)berapa lama tempoh expired jika beli di jpj ebid?

      Padam
  29. sy dengar ada runner boleh tlg registerkan no plat yang baru dibeli ke kenderaan lama dan no plat lama dilupuskan / nyahdaftarkan... betul ke?

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum. Abg nak tanya, saya nak beli kereta secondhand, kereta secondhand tu sekarang pakai plate N, saya cadang nak tukar ke plate V yang latest. Agak2 berapa kos kena ye? Sebab ejen ni kata dekat 2k kalau nak tukar

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam, caj bergantung kepada ejen, takda fix rate

      Padam
  31. Terima kasih penerangan diatas sangat membantu.. Cuma saya nak tahu di puspakom untuk tujuan Pemindahan Nombor Pendaftaran apa sahaja yang meraka check pada kereta lama ya?

    BalasPadam
  32. aslm bang, kalau saya dhbeli no plate tpi loan saya tk lulus, loan ayah saya pulak lulus, boleh tak no plate tu tukat atas nama ayah saya, terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam, tak dapat direct tuan, kena beli motor atau kereta baru secara cash utk park no plet yg dibeli tu, lepastu tukar nama kepada ayah tuan. lepas tukar nama baru boleh proceed interchange no

      Padam
  33. saya beli nom plat moto yg saya booking tak smpai lg nom tu dh nk expired lg tiga minggu..kelewatan moto disebbkn kilang tutup smsa pkp..now kilang dh buka tp giliran saya belum smpai..macammana saya nk buat??? apakah tindakan seterusnya???saya takut num tu expired tk boleh guna..how to nk lanjutkn tarikh pendaftaran number tu??? urgent..can u all suggest

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya jpj hanya bagi maksimum 6 bulan sahaja untuk nombor beli. kalau expired kena beli lagi dengan amount yg sama masa beli. biasanya saya nasihatkan pelanggan jangan beli no dulu kalau belum pasti kereta sampai dalam masa 6 bulan. kalau tuan betul2 nak tahan no tu, tuan beli motor baru secara cash untuk park nombor, lepastu interchange kalau kereta dah sampai.

      Padam
  34. saya nak tahu di nak booking di puspakom untuk tujuan Pemindahan Nombor Pendaftaran nak guna no plat baru ke yang lama?

    BalasPadam
  35. saya ada baca beberapa ulasan di atas. memang bagus & terbaik. saya baru beli no baru melalui mysikap. saya ada moto lama. saya nak beli kereta 2nd hand & letak no baru tu. mcm mana caranya? boleh lupuskan no kereta 2nd hand tu ke? boleh ke buat melalui runner? tkasih byk byk bang.

    BalasPadam
  36. sy beli moto baru, kedai ni cadang sy guna no plate interchange supaya dpt cut price.. ada risiko ke guna no plate interchange tuan?

    BalasPadam
  37. Boleh bagi contoh panduan untuk mengisi borang jpjk1 dan jpjk1a bagi proses interchange sekian terima kasih.

    BalasPadam
  38. As salam tuan. Boleh terangkan dengan lebih lanjut berkenaan nombor plate (pendaftaran) unregistered dan kereta unregistered. Tq

    BalasPadam
  39. As salam tuan. Saya nak tanya sedikit. Saya mahu beli kereta baharu model proton saga tetapi mahu menggunakan nombor plate lama di motor ayah saya. Ada orang kata saya perlu membeli kereta baharu yang unregistered under jpj. Saya kurang faham berkenaan hal ini. Apa itu kereta baharu (proton) yang dah register under jpj dengan kereta baharu (proton) yang unregistered. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih

    BalasPadam
  40. Lagi satu soalan tuan. Boleh ke interchange dilakukan daripada motor ke kereta ATAU kereta ke moto ?

    BalasPadam
  41. sy dh buat pemeriksa b5, lepas i nk interchange blh guna laporan b5 je? Ataupun NK laporan b2 dan b5. Kerana bang mention
    "Laporan yang diperlukan untuk kereta lama ialah B2 atau B5

    BalasPadam
  42. Salam,nak tanya tentang nombor pendaftaran yang baru saya beli dan mahu di letak kan pada kereta second hand yang baru saya beli...adakah boleh dilakukan?apakah syarat dan cara untuk melakukannya?

    BalasPadam
  43. Assalamualaikum n salam sejahtera.
    Sy pernah melupuskan kereta jenis proton 10tahun lepas. Sy suka kan no. Pendaftaran kereta yg sy lupaskan itu tapi masa melupuskan dan mengambil kereta baru sy xterfikir nak ambil no. Kereta itu utk didaftarkan kpd kereta baru tika itu.
    Soalannya boleh atau tidak sekarang sy ingin memiliki semula no plat kereta yg sy lupuskan duku itu. Kalau boleh bagaimana caranya. Terima kasih

    BalasPadam
  44. Salam tuan... Sy dah pergi ke jpj untuk tukar no plat kereta lama ayah sy yg rosak binasa utk digunakan semula pada kenderaan baru... Tp kenderaan baru nnti adalah kenderaan isteri sy...adakah selepas Lulus penggunaan semula no lama nnti sy boleh trus daftar no plat tersebut ats nama bini sy??

    BalasPadam
  45. Tuan, kereta saya telah habis loan. Baru2 ini insuran putuskan sebagai total lost akibat banjir. Boleh kah saya guna nombor pendaftaran kereta itu kepada kereta 2nd hand yg telah Ada no pendaftaran?

    BalasPadam
  46. Assalammualaikum

    Sy baru beli kereta dan telah pun didaftarkan tapi sy juga ada beli no plate di mysikap atas nama sy.. bolehkah sy uruskan sendiri interchange process tanpa runner dan berapa anggaran bayarannye?

    BalasPadam
  47. Salam. Boleh ke suami saya daftar kereta baru tapi menggunakan nombor pendaftaran kereta ayah suami yang sudah hilang ?

    BalasPadam
  48. Saya rasa ada satu lagi maklumat yang tuan tidak kongsikan.. iaitu berkenaan insurance. Cth : bagaimana pula dgn status insuran ? apabila kita buat interchange number, Apa jadi dengan insuran kereta lama apabila kita buat interchange? perlukah kita beli baru insuran atau bolehkah update numbor pendaftaran terbaru pada cover note insuran kereta lama? kerana numbor pendaftaran sudah tidak sama lagi seperti yang tertera didalam cover note insuran kereta lama..

    BalasPadam
  49. salam tuan,kalau nak ambil no plate dari motosikal sadai,adakah kena bawa motor tersebut ke puspakom?

    BalasPadam
  50. Kenderaan baru kena beli insurance siap2 ke sebelum pergi interchange JPJ?

    BalasPadam