header ad

Perodua Ativa (D55L) SUV Kini Dibuka Untuk Tempahan


Setelah beberapa ketika keluar khabar angin dan berita bocor daripada tahun lepas, akhirnya Perodua Ativa, model SUV terbaharu mereka kini secara rasmi dibuka untuk tempahan.

Kami telah menerima maklumat mengenai model ini sejak tahun 2019 lagi.

Model tersebut berasaskan model Toyota Raize dan kembarnya Daihatsu Rocky (gambar). Kemungkinan besar ia akan lebih menyerupai rekaan Daihatsu Rocky berbanding Toyota Raize.


Walaupun nama "Ativa" belum diumum secara rasmi, namun ianya 100% pasti nama tersebut akan digunakan. Nama Ativa sudah dihak cipta oleh Perodua dan terdapat gambar bocor risalah rasmi yang menyatakan nama tersebut.


Berikut merupakan maklumat rasmi yang didedahkan oleh Perodua sempena pembukaan tempahan model tersebut.

1. Fi tempahan berjumlah RM300

2. Deberikan 3 varian, iaitu X, H dan AV

3. Semua varian dikuasakan oleh enjin 1.0 Turbo dengan kotak gear CVT.

4. H diberikan pilihan warna tambahan special metallic manakala AV diberikan tambahan special metallic dan two tone.

5. Semua varian dilengkapi dengan sistem keselamatan Advanced Safety Assist (ASA) dan Lane Departure Warning & Prevention

6. Varian AV diberikan Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan Adaptive Cruise Control

7. Ekonomi minyak sehingga 18.9km per liter (Perodua Axia 20km per liter)

Harga Rasmi Sabah & Sarawak 
(Harga atas jalan belum termasuk insurans)

X Turbo 1.0 metallic - RM64,500
H Turbo 1.0 metallic - RM69,300
H Turbo 1.0 special metallic - RM69,800
AV Turbo 1.0 metallic - RM74,600
AV Turbo 1.0 special metallic - RM75,100
AV Turbo 1.0 two tone - RM75,400


Jangkaan tempoh menunggu tidak dinyatakan oleh Perodua. Bagi yang awal menempah dijangka akan menerima kereta seawal bulan hadapan (Mac 2021)

Gambar di bawah menunjukkan kiraan bulanan termasuk anggaran insurans

Catat Ulasan

0 Ulasan