header ad

Kini anda boleh membeli Tesla di Malaysia!


Tahukah anda, kereta Tesla, kenderaan elektrik penuh yang popular di dunia sekarang boleh dibeli di Malaysia secara sah.

Tesla merupakan syarikat pengeluar kenderaan elektrik yang bertapak di Amerika Syarikat, diasaskan oleh usahawan bilion-wan terkenal Elon Musk, yang juga pengasas syarikat SpaceX dan bekas pemilik PayPal. 

Syarikat Tesla sangat berjaya sehinggakan sekarang ini telah menjadi syarikat pengeluar no 1 dunia dari segi penilaian pasaran modal (market capitalization) sebanyak lebih USD 840 billion mengatasi syarikat-syarikat besar seperti Toyota, Mercedes dan juga Volkswagen.

Bagaimana untuk menjadi pemilik model Tesla di Malaysia?

Malaysia membenarkan syarikat Malaysia yang mempunyai AP atau Authorized Permit untuk mengimport model Tesla daripada luar, sama seperti kenderaan recond yang lain. Buat masa ini, Malaysia tidak mempunyai pengedar rasmi kenderaan Tesla seperti yang terdapat di negara jiran kita Singapura. 

Baca: Apa maksud kereta Recond?

Walaupun buat masa ini kita hanya dibenarkan mengimport Tesla daripada pasaran luar, bukan bermaksud anda tidak boleh membeli Tesla yang baru keluar daripada kilang. Tidak seperti kebanyakan kenderaan recond yang berstatus kenderaan terpakai. 

Contohnya, Vision Motorsport yang terletak di Petaling Jaya, Selangor memberikan perkhidmatan mengimport kenderaan Tesla berstatus baharu. Di bawah merupakan model yang telah terjual yang diimport mereka, iaitu Tesla Model 3 2020








Tesla Model 3 Dual Motor Performance Auto 4WDE
*03/2020*
*NEW Car*
*Pearlescent White Paint*
*Premium Black Leather*
*12-Way Power Seats*
*Premium Model 3 Sound System*
*Heated Seats*
*Panoramic Sunroof*
*Carbon Fibre Spoiler*
*Keyless Entry/Go*
*Rear Cam*
*Park Assist*
*Blind Spot Assist*
*20” Wheels*
*Power Trunk Release*
*Satellite Navigation*
*Climate Control*
*Cruise Control*
*Multi Function Steering Wheel*

Sumber: Facebook rasmi Vision Motorsports Sdn Bhd. 

Mereka tidak memaparkan harga jualan model tersebut, tetapi kami menganggarkan mungkin dijual sekitar RM450,000 ke RM500,000 harga atas jalan termasuk cukai.

Terdapat beberapa syarikat pengimport kenderaan lain yang sudah mula mengimport kenderaan elektrik Tesla ke Malaysia termasuk syarikat di Kuching Sarawak iaitu SRS Automobile Sdn Bhd yang merancang untuk membawa masuk 2 unit Tesla Model 3 pada tahun ini.

Cabaran untuk syarikat pengimport adalah untuk meyakinkan pihak kerajaan untuk mempercepatkan pemasangan fasiliti-fasiliti yang diperlukan untuk kereta elektrik seperti tempat mengecaj yang mencukupi di seluruh pelusuk negara, pusat servis, pemberian pengecualian cukai khas dan kepakaran mekanik untuk kereta elektrik. Jika masalah ini diselesaikan, permintaan untuk kereta elektrik dijangkan akan naik dengan mendadak. 

Catat Ulasan

0 Ulasan